berita

Takut Anak Diambil Suami, Ibu Bertindak Bunuh Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

November 5th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Di Sudden Valley, Washington, seorang ibu sanggup membunuh kedua-dua anak perempuannya yang berusia tujuh tahun, sebelum dia bertindak membunuh diri. Kejam!

Bimbang hak penjagaan

Foto: Mirror UK

Lapor Mirror UK, wanita yang dikenali sebagai Michele Boudreu Deegan 55 tahun, berkhidmat sebagai ahli psikologi ditemui mati di samping kedua anaknya Mairy Anneleisi, dan Katie Elizabeth Deegan di rumahnya. Menurut salah seorang rakan kepada Michele, menyatakan mungkin Michele telah bertindak membunuh anak-anaknya kerana ‘bimbang’ bekas suaminya akan mendapat hak penjagaan terhadap anak mereka.

Pihak Jabatan Sheriff Whatcom County menolak kemungkinan bahawa ayah kepada kanak-kanak tersebut merupakan suspek utama dalam pembunuhan ini.

Bukti jelas

Gambar sekadar hiasan

Bukti di tempat kejadian jelas menunjukkan Michele Boudreau Deegan sebagai satu-satunya suspek dalam kematian dua anak perempuannya.

Sebelum ini, rakan Michele di Facebook, menyatakan Michele sangat melindungi anak-anaknya dengan sebaik mungkin dan tidak mahu anaknya untuk berjumpa langsung dengan ayah mereka.

Tambahan pula, suspek merupakan seorang yang sangat baik kerana banyak membantu warga tempatan menyediakan khidmat kaunseling. Pada mulanya, dia sangat bimbang jika satu hari nanti hak penjagaan anak-anak akan diberikan kepada bekas suaminya.

Kini, pihak berkuasa masih menyiasat kes ini dan akan mencari lebih banyak maklumat untuk membantu siasatan.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×