Tidak dinafikan dalam kehidupan berumah tangga, sesetengah isteri tidak menyokong hobi suaminya sendiri. Hal ini disebabkan pelbagai faktor yang wujud seperti kos hobi yang mahal, dan si suami terlampau leka terhadap hobi tersebut sehingga mengabaikan isteri sendiri.
Seperti perkongsian seorang lelaki dikenali sebagai Mazrul Hisyem, menceritakan trick yang digunakan oleh pelanggannya untuk ‘mengaburi’ isterinya sendiri. Alahai power betul idea tu!
Betul ke RM150 bro?
Bila baca balik cust semalam memang kelakor la. Monitor harga RM700, dia call aku macam ni. Bang: monitor tu, boleh tak satgi kau cakap dgn aku harga dia RM150. Aku taknak bini aku tau harga dia. Nanti aku ws kau balik, kau ye kan je cakap monitor tu RM150. Nanti aku kasi cash
Menerusi perkongsian tersebut, lelaki itu menceritakan semula situasi yang terjadi di mana pelanggannya meminta dia untuk ‘berbohong’ mengenai harga sebuah monitor yang ingin dibelinya. Harga asalnya ialah RM700, tapi kerana ‘takut’ dimarahi isterinya dia bertindak bersepakat dengan penjual itu dengan menyatakan harga monitor itu hanyalah RM150, kalau diikutkan dah RM550 jimat ni.
Jelas pelangannya, dia tidak mahu isterinya tahu harga sebenar monitor itu. Mungkin takut kena marah kot?
Jangan takut bini
Jelas lelaki itu, seseorang suami tidak sepatutnya ‘takut’ dengan isteri sendiri kerana suami merupakan ketua keluarga yang menyara keluarganya sendiri. Namun, di hujung thread tersebut, dia sempat ‘memerli’ tindakan pelanggannya. Perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respon dan mendapat 5.1k retweet dan 8.1k likes.
Respon warganet
Menerusi ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai respon akan thread tersebut. Sebenarnya, si suami bukannya ‘takut’ akan isterinya tetapi tidak mahu isu tersebut dibesar-besarkan, jadi lebih baik dia ‘berbohong’ dengan cara ini. Lagipun, dalam kehidupan berumah tangga tolak ansur adalah elemen yang sangat penting yang harus dipraktikkan.
Sumber: Mazrul Hisyem