berita

Takut Hubungan Tak Direstui Keluarga, Wanita Sembunyi Dalam Bilik Teman Lelaki Selama 10 Tahun

June 14th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Demi cinta sejati, seorang wanita sanggup terperap di dalam bilik kekasihnya selama 10 tahun. Menerusi laporan, India Times, wanita yang dikenali sebagai Sajitha ini tidak pernah pulang ke rumahnya selepas memberi alasan untuk keluar bertemu saudaranya di New Delhi, India pada tahun 2011.

‘Pengorbanan’ sepasang kekasih

Menurut India Times, Sajitha hanya terperap di dalam bilik tidur teman lelakinya sepanjang hari dan keluar ke tandas pada waktu malam sebaik sahaja semua ahli keluarga lelaki tersebut tidur. Sepanjang tempoh berkenaan juga, seluruh ahli keluarga Sajitha tidak berjaya mengesan kelibat dirinya meskipun, sudah membuat laporan polis.

Namun begitu, salah seorang saudara Sajitha telah terserempak dengan Rahman iaitu teman lelaki Sajitha di sebuah kawasan berhampiran rumah mereka. Curiga dengan kemunculan Rahman, lelaki berkenaan telah mengekorinya sehingga ke rumah. Hasil bantuan pihak polis, rahsia pasangan tersebut mula terbongkar selepas Rahman mengakui dia tinggal bersama seorang wanita di rumahnya.

Pasang pagar elektrik

Selepas pemeriksaan dijalankan oleh pihak polis, mereka berjaya menemui Sajitha. Seluruh ahli keluarga Rahman turut terkejut pada masa kejadiaan. Menurut Rahman, dia terpaksa memasang pagar elektrik di kawasan biliknya bagi mengelak keluarganya mengetahui dia tinggal bersama Sajitha. Malah, sejak 10 tahun lalu Rahman tidak makan bersama keluarganya dan hanya terperap di dalam bilik sehingga dia disangka ‘gila’.

Kedua-dua mereka ditahan oleh pihak polis bagi meneruskan siasatan. Ujar Sajitha, mereka bertindak sedemikian kerana khuatir hubungan mereka tidak direstui ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Sumber: India Times

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×