berita

Takut Kantoi Ada Hubungan Sulit, Ibu Kandung Bunuh Bayi Kerana Wajah Mirip ‘Skandal’

February 11th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Seorang ibu tergamak membunuh bayi berusia sembilan bulan hanya kerana muka bayi tersebut mirip dengan wajah kekasih gelapnya. Hal ini berlaku kerana si ibu takut rahsia hubungan sulitnya itu terbongkar.

Memang dah rancang nak bunuh

Foto: Okezone

Memetik laporan Tribunnews, mangsa yang dikenali dengan nama Kartina Suci Rahayu telah dibunuh oleh ibu kandungnya, Ayu dan kekasih gelap, Muhammad Amin. Mangsa kemudian ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di dalam sebuah bilik di Lampung, Indonesia. Menurut sumber, walaupun kedua-dua suspek sudah pun berkeluarga serta berstatus isteri dan suami orang tetapi mereka masih menjalinkan hubungan sulit.

Hubungan tersebut mula terjalin ketika wanita itu sedang sarat hamil lima bulan. Namun, selepas melahirkan, si ibu mendapati wajah bayi perempuan itu tidak sama dengan wajah bapa kandungnya sebaliknya mirip dengan wajah kekasih gelapnya. Bimbang rahsia terbongkar, kedua-dua suspek membuat keputusan untuk membunuh mangsa.

Mangsa telah diberi minuman yang dicampur dengan gula merah, asam jawa dan minyak rambut. Difahamkan, pembunuhan tersebut sudah dirancang oleh kedua-dua suspek sejak dua bulan yang lalu.

Mangsa tak gerak, menangis

Foto: Okezone

Mangsa yang sudah meninggal dunia kemudian diserahkan kepada neneknya. Pada awalnya nenek mangsa mengakui tidak tahu bahawa cucunya itu sudah meninggal dunia. Tetapi dia berasa agak pelik kerana melihat mangsa langsung tidak bergerak dan menangis sebelum mendapati cucunya itu sudah tidak bernyawa.

Terkejut melihat keadaan tersebut, nenek mangsa telah menghubungi pihak polis untuk melaporkan berhubung kejadian. Kedua-dua suspek telah ditahan untuk membantu siasatan. Menurut suami suspek, dia langsung tidak mempunyai sebarang masalah dengan isterinya.

Malah, dia menyangka anaknya itu meninggal dunia kerana terjatuh tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila mendapati mangsa dibunuh oleh ibu kandungnya sendiri. Sementara itu, suami suspek memberitahu dia menyerahkan kes ini kepada pihak polis untuk membuat siasatan selanjutnya.

Sumber: Tribunnews

SKIP THIS AD ×