berita

Wanita Kantoi Curang, Sanggup Panjat Dinding Bilik Air

February 13th, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang wanita Bhayangkari di Kabupaten Jeneponto, Indonesia, menjadi tular kerana aksinya memanjat dinding bilik air bagi mengelakkan diri daripada ditangkap bersama kekasih gelapnya.

Artikel Berkaitan: Dituduh Curang Sebab Pelawa Janda Minum Kopi, Lelaki Bunuh Isteri & Buang Mayat Dalam Empangan

Artikel Berkaitan: Suami Outstation Di Langkawi, Isteri Bawa Lelaki Masuk Dalam Rumah – ‘Bukan Main Lagi Dekat Dapur, Aku Pun Tak Pernah Buat Dekat Situ’

‘Menyerbu rumah’

isteri curang

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Kumparan News, wanita tersebut nekad untuk memanjat dinding bilik air kerana keluarganya sendiri menyerbu rumah yang didiaminya bersama kekasihnya.

Pada mulanya, keluarga wanita itu dan suaminya, menyerbu sebuah rumah sewa di Jalan Sungai Kelara, dan mengesyaki bahawa suspek berada di rumah.

Apabila penduduk berjaya ke dalam rumah, suspek menafikan bahawa wanita tersebut berada di dalam rumah.

Walau bagaimanapun, penduduk bergegas masuk menemui wanita tersebut di dalam bilik air dan cuba bersembunyi dengan memanjat dinding seperti Spiderman.

Selepas disiasat, rupa-rupanya hubungan sulit ini terbongkar apabila suaminya mendapat maklumat bahawa isterinya telah mempunyai hubungan  dengan lelaki lain.

Berdasarkan siasatan awal, terbukti bahawa mereka berdua mempunyai hubungan sulit, dan status kes ini dinaikkan untuk siasatan lanjut.

Sumber: Kumparan News

SKIP THIS AD ×