berita

Bella Astillah & Kekasih Gelap Aliff Aziz Saling ‘Follow’ Di Instagram, Pengikut Bertambah 41,000

April 23rd, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Sarah Yasmine

Nama seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat bualan wargamaya dalam media sosial selepas dia membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon Aliff Aziz.

Artikel Berkaitan: ‘Bella Tak Tahu Fasal Pendedahan Kekasih Gelap Aliff’

Artikel Berkaitan: Kekasih Gelap Aliff Aziz Dakwa Ruhainies Jadi ‘Mastermind’ Jatuhkan Bella Astillah? – ‘NRF Yang Tolong Untuk Peguam, Driver, Bodyguard’

Follow each other

Sarah Yasmine

Malah, menerusi tinjauan OhBulan! ke Instagram milik wanita terbabit, pengikutnya telah bertambah sebanyak 41,000 selepas kisahnya itu tular sejak semalam.

Lebih mengejutkan lagi, apabila wanita asal Singapura itu juga dilihat saling mengikuti antara satu sama lain dengan isteri Aliff iaitu aktres Bella Astillah di Instagram.

Sebelum ini, ibu kepada Bella, Siti Zarina Astillah mendakwa anaknya itu tidak tahu menahu mengenai kewujudan wanita terbabit termasuk pendedahan yang dilakukannya.

Terdahulu, Sarah Yasmine mendedahkan dirinya ‘kekasih gelap’ kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan seorang aktres pada Mac lalu.

Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella. Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.

Dakwanya lagi, aktres yang dimaksudkannya itu merupakan dalang utama atau ‘mastermind’ dalam rancangan untuk melihat Bella ‘tersungkur’.

SKIP THIS AD ×