berita

Takut Kantoi Gagal Di Universiti, Remaja Bunuh Keluarga Sehari Sebelum Majlis Konvo

February 2nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Siapa sangka anak kebanggaan keluarga yang sering dipuji di khalayak ramai kerana mempunyai pelajaran yang tinggi sanggup membunuh ahli keluarganya sendiri. Suspek yang dikenali sebagai Menhaz Zaman, bertindak membunuh kedua ibu bapanya, adik perempuannya dan neneknya sendiri.

Kisah kejam ini berlaku di Toronto Canada. Difahamkan motif suspek membunuh kesemua ahli keluarganya yang lain setelah rahsianya selama ini telah terbongkar.

Anak kebangaan keluarga

Foto: Toronto

Lapor Mirror UK, ibu bapa kepada Menhaz sering memuji anaknya di depan orang lain dan menyatakan anaknya mempunyai masa depan yang cerah kerana mengambil bidang pengajian kejuruteraan di salah satu universiti tempatan. Malahan, kedua ibu bapanya sangat menanti hari penganugerahan di mana anaknya bakal menerima skrol setelah berhempas pulas menuntut ilmu di universiti tersebut.

Namun, ahli keluarganya sama sekali tidak mengetahui bahawa Menhaz selama ini menyimpan rahsia yang tidak diketahui oleh mereka. Kisahnya bermula, apabila Menhaz sama sekali tidak menghadiri kuliah disebabkan dia pernah gagal dalam beberapa kelas tersebut.

Walaupun, diberi peluang untuk mengambil ujian itu semula, dia tetap gagal dan mengambil keputusan untuk tidak lagi menyambung pelajarannya. Tetapi perkara ini sama sekali tidak diketahui oleh ahli keluarganya dan mereka menyangka anaknya masih belajar dan mereka mengimpikan untuk menghadiri upacara konvokesyen yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

Penipuan demi penipuan

Foto: Mirror UK

Bahkan, selama ini dia berpura-pura akan pergi kelas bersama beg yang mengandungi komputer riba dan buku-bukunya. Pembohongannya sama sekali tidak berjaya dihidu oleh ahi keluarganya yang lain disebabkan dia merupakan anak yang baik dan taat kepada perintah ibu bapanya. Lazimnya, dia akan mengunjungi ke pasar raya ataupun pusat gimnasium bagi mengelakkan perkara tersebut daripada terbongkar.

Namun, sehari sebelum majlis konvokesyennya yang bakal berlangsung dia mengambil keputusan yang drastik untuk membunuh ahli keluarganya yang lain. Pembunuhan ini bermula dengan membunuh ibunya dan neneknya dengan cara memukul sebelum menikam menggunakan pisau dapur. Manakala, adiknya turut dipukul di bahagian kepala hingga menyebabkan berlakunya pendarahan yang teruk. Paling tragis, apabila ayahnya telah dikerat di bahagian leher dan menjadi mangsa terakhirnya.

Cerita kepada rakan

Foto: Mirror UK

Bahkan, dia sempat duduk di rumah tersebut bersama mayat ahli keluarganya yang lain. Pada masa yang sama dia sempat menceritakan apa yang telah terjadi kepada kawannya.

Saya dah bunuh semua ahli keluarga saya.

Pada mulanya, kawannya mengganggap dia hanya bergurau dan ingin mendapatkan perhatian daripada mereka. Namun, Menhaz sempat menghantar beberapa keping foto bersama swafotonya dia memegang pisau yang terdapat kesan darah ahli keluarganya yang telah mati dibunuh.

Susulan daripada itu, kawan-kawannya telah membuat laporan polis berhubung insiden itu. Pihak mahkamah juga telah menetapkan dia akan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan yang dilakukan olehnya.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×