berita

‘Takut Netizen Sekarang, Siap Tentukan Syurga Ke Neraka’ – Wawa Zainal

December 27th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Gara-gara memberi ‘green light’ kepada anak bersolek ala watak Wednesday Addams dan menari menggunakan lagu Bloody Mary nyanyian Lady Gaga, pelakon dan usahawan Wawa Zainal dikecam netizen.

Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel & Wawa Zainal Ditegur Netizen, Pilih Tema Huggy Wuggy Untuk Majlis Hari Lahir Anak

Artikel Berkaitan: Anak Ikut Trend Tarian Wednesday, Netizen Nasihat Wawa Zainal Untuk Padam Video – ‘Tolong Faham Dulu Lirik Lagu ..’

Neraka tempat untuk orang jahil

Menerusi hantaran di Instagram Stories, ada seorang pengguna media sosial yang menegur kekhilafan aktres berumur 31 tahun itu dengan komen panjang lebar.

Katanya, dia sudah menjalankan tanggungjawabnya memberi teguran namun terserah sama ada ingin menerima atau tidak. Selain itu, individu terbabit juga menyentuh soal neraka.

Tidak mendiamkan diri, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin dilihat membalas komen tersebut.

Pulak dah. Yelah kau seorang saja ahli syurga. Takut la netizen sekarang. Siap tentukan syurga ke neraka.

Sebelum ini, Wawa memuat naik video anak perempuannya, Hayla Magfiraul Adzkiyaa, yang sedang mempromosikan jenama solekan Wawa Cosmetics.

Dalam rakaman itu, Hayla yang tampil mengenakan ‘dress’ berwarna hitam dilihat mengikuti ‘trend challenge’ mengubah wajah menjadi watak Wednesday Addams.

Sekadar info, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Ayya Soffya, 2, dan Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 30 November tahun lalu.

Sumber: Instagram @w4w4_zainal

SKIP THIS AD ×