berita

Tali Pancing ‘Makan’ Leher..

September 18th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Penunggang motosikal antara individu yang paling terdedah dengan risiko kemalangan jalan raya. Malah menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) untuk beberapa tahun kebelakangan ini, banyak kemalangan maut direkod melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Terbaru, seorang lelaki berkongsi pengalaman mendebarkan apabila tercedera akibat terkena tali pancing yang dipasang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Lebuh Raya DUKE. Perkongsian tersebut viral dan mendapat lebih 20 ribu perkongsian.

Bukan mitos

Dengan permukaannya yang kasar, si penunggang motorsikal sering kali disamun oleh individu yang tidak berhati perut dengan menggunakan tali pancing pada waktu malam di laluan motorsikal.

Bismillah..
MINTAK TOLONG VIRALKAN
PERHATIAN PENDUDUK GOMBAK, INI BUKAN BAHAN MELAWAK

Klonologi kejadian,
6:30pm, 17/9/18(isnin) #PERHATIAN kepada penduduk GOMBAK especially yang guna susur masuk dari DUKE untuk masuk ke taman perumahan koperasi fasa 1 dan taman rowther.

Ini bukan cerita mitos tapi terjadi dekat diri sendiri. Ada manusia yang tak berhati perut telah memasang jerat dekat selekoh(refer gambar pertama).. Bagi orang yang taktahu, ni adalah tali mancing yang permukaan dia sangat kasar. Biasanya orang guna tali ni untuk menyamun budak moto yang lalu dekat laluan moto( Tol ).. Sebab tu ramai mat moto takut nak guna laluan moto bila malam sebab ni lah!

Sampai koyak tali helmet

Posting yang mendapat 9.1K tanda suka tersebut juga, menceritakan tali pancing tersebut mampu mengoyakkan tali helmet dan mencederakan si penunggang motorsikal. Beliau juga meminta agar mereka yang melalui jalan tersebut lebih berhati-hati.

Pedih wehh! Sedangkan pakai helmet + bawak slow pun boleh sampai koyak helmet..Okay cuba bayangkan kalau ada orang yang tak pakai helmet tambah pulak bawak laju. Tak terkehel ke leher dia? Nampak macam remeh kan? Tapi yang remeh tu yang bahaya sebenarnya.

So reminder pada semua orang penduduk gombak untuk hati hati bila lalu kawasan ni terutama bila malam

JEMPUT VIRAL UNTUK KESELAMATAN SEMUA

Sumber: Afiq Izwan

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×