berita

Tamat Tayangan Penjara Janji, Babak Alif Satar Baca Warkah Di Dinding Penjara Memang Paling Sedih!

May 7th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Drama ‘Penjara Janji’ yang ditayangkan di slot Samarinda TV3 bermula 12 April lalu nampaknya berjaya menyentuh emosi setiap penonton. Adegan dan jalan cerita yang disajikan dalam drama ini sememangnya menarik, padat dan paling penting penuh dengan mesej tersurat dan tersirat.

Dalam episod akhir drama Penjara Janji, penonton dipercayai mengalirkan air mata sebaik sahaja Rizan (Alif Satar) membaca warkah yang ditulis oleh ayahnya di dinding penjara.

Ayah tak mampu buat apa

Setelah 15 episod ditayangkan, kemuncak drama ‘Penjara Janji’ terbitan JS Pictures Sdn Bhd yang digarap oleh sutradara Azman Yahya (Jinggo) ini menunjukkan bahawa Zulkifli (Fauzi Nawawi) menyesal dengan perbuatan dan kesalahan membunuh yang pernah dilakukan olehnya sebelum ini. Di saat akhir kehidupannya di dalam penjara, Zulkifli sentiasa berharap anaknya dapat memberi kemaafan kepadanya dirinya semula.

Dalam episod akhir itu juga, Zulkifli menerima berita baik daripada pihak polis bahawa dia bakal dibebaskan dari penjara kerana mendapat pengampunan. Pada masa yang sama, Rizan terkejut sebaik sahaja mendengar pengumuman tersebut. Meskipun bakal dibebaskan tidak lama lagi, Zulkifli tidak dapat menahan kesakitan yang dialami dan dibawa ke hospital dengan kadar segera. Rizan telah menemani ayahnya sepanjang perjalanan tersebut. Semasa dalam perjalanan, Zulkifli sekali lagi memohon maaf kepada anaknya dan menceritakan semula apa yang berlaku. Sedih mendengar pengakuan seorang ayah, Rizan kelihatan menitiskan air mata. Babak mereka berjanji antara satu sama lain sebelum Zulkifli menghembuskan nafas terakhirnya ternyata membuat penonton menangis.

Bukan itu sahaja, babak Rizan membaca warkah yang ditulis oleh ayahnya di dinding penjara juga ternyata membuatkan netizen memerlukan kotak tisu. Segala luahan dan isi hati Zulkifli terhadap anaknya ditulis di dinding tersebut.

Drama menyentuh emosi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®? (@alifsatar)

Alif ingat masa shoot last scene Penjara Janji. Sis @sheilarusly_jspictures yang tulis ‘warkah akhir’ ni kat dinding. Saya beritahu dia yang saya akan baca bila sesi penggambaran bermula. Alif sendiri baca dan air mata saya mengalir. Nak pula masa buat scene tu lagu ‘DambaCintaMu’ main kuat-kuat on the speaker. Babak terakhir itu hanya sekali sahaja diambil. Semoga drama ‘Penjara Janji’ dapat memberi pengarajan yang baik buat kita semua. Thank you to all who followed the story from ep 1 hingga akhir. Korang nangis berbakul tak?

Menurut Alif, warkah tersebut ditulis oleh Sheil Rusly dan dia hanya membaca sewaktu penggambaran bermula. Tambah Alif, babak tersebut hanya sekali sahaja diambil. Sebagai insan bias, Alif turut tersentuh membaca warkah tersebut dan berharap para penonton dapat menerima mesej yang hendak disampaikan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dan mengakui bahawa drama ‘Penjara Janji’ merupakan satu karya yang hebat. Ini kerana, ramai anak muda di luar sana dipercayai masih tidak menghormati ibu bapa mereka. Di samping itu, masih ada juga segelintir individu yang tidak boleh menerima ahli keluarga mereka yang bekas banduan.

Sumber: Alif Satar

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×