berita

Tamatkan Isu Dengan Datuk Nazri, Akan Terus Bersuara Demi Rakyat & Kepentingan Negeri- TMJ

July 2nd, 2015 | by Noraniza
Kini Trending

tmj

Siapa tak kenal dengan dua figura ni kan? Kedua-duanya mempunyai pengaruh yang kuat. Malah, ‘perbalahan’ mereka baru-baru ini juga menimbulkan ketegangan antara pengikut-pengikut mereka.

Bagaimanapun, semalam DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menerusi Facebook JOHOR Southern Tigers memberitahu bahawa dia mahu menamatkan isu dirinya dengan Datuk Nazri dan juga kerajaan.

Screen Shot 2015-07-02 at 1.35.26 AM

CUKUP-CUKUPLAH

Saya menyeru kepada semua pihak media, cukuplah memainkan isu berkenaan saya, Datuk Nazri dan kerajaan. Saya tahu anda terhibur dengan apa yang berlaku. Apa yang ingin saya sampaikan telahpun saya katakan. Hormatilah bulan yang suci ini, dan biarkan saya dan keluarga saya menikmatinya dengan aman. Sekiranya terdapat apa-apa yang ingin saya sampaikan, saya akan memaklumkannya kelak.

Saya akan terus bersuara demi rakyat dan kepentingan negeri saya. Buat masa ini, biarlah kita tamatkan isu berkenaan saya dan Datuk Nazri kerana ianya tidak kemana, dan secara jujurnya, saya pun sudah bosan dengan hal ini. Kalau anda mahu ianya lebih menarik, boleh diadakan satu perlawanan tinju antara saya dan Datuk Nazri, dan hasil kutipannya boleh disalurkan untuk tujuan amal… SAYA HANYA BERGURAU.

Walaubagaimanapun, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di Johor dan Malaysia, dan semoga Allah merahmati anda sekalian. Kepada yang bukan muslim, semoga Tuhan memberkati anda dan orang yang tersayang. Akhir kata, salam kasih kepada seluruh Bangsa Johor. Johor mesti sentiasa jadi Johor.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×