berita

Tambang Naik Tapi Perkhidmatan Masih Teruk? – Tren KTM Tergendala Lebih Sejam Buat Netizen Geram

April 19th, 2016 | by Arini Saleh
Kini Trending

ktm

Semalam kecoh di media sosial mengenai KTM yang tergendala disebabkan terdapat masalah teknikal di stesen Kuala Lumpur. Ramai penumpang yang terperangkap dan lewat ke tempat kerja, mereka juga turut meluahkan rasa kecewa dengan perkhidmatan KTM yang dianggap tidak pernah dibaikpulih.

Menerusi laman facebook, salah seorang penumpang Rishwin Singh Sinda  meluahkan rasa kecewa dengan KTM kerana ini bukan kali pertama KTM mengalami masalah sebegini.

Saya pengguna setia KTM, tapi hari ini saya give up! Tren tak bergerak selama 1jam 15minit.

2

Saya pengguna setia KTM, ‘menderita’ setiap kali mahu ke tempat kerja kerana saya tak punya kenderaan sendiri. Saya pengguna kenderaan awam (KTM). Tapi hari ini, saya give up!

Waktu kerja saya bermula pada pukul 9 pagi, jadi sy ambil tren dari Rawang ke KL Sentral pada pukul 6.45 pagi setiap hari. Sebaik tiba di stesen Kepong, tren tidak bergerak seketika dan berterusan sehingga 1 jam 15 minit! Selepas itu barulah pengumuman dibuat, mengatakan tren mengalami kelewatan masalah teknikal di stesen Kuala Lumpur.

Mereka hanya boleh meminta maaf tetapi bos kami tak terima alasan ‘maaf’ jika lewat ke tempat kerja.

3

Lalu, saya menghubungi pusat khidmat pelanggan KTM (+603 22671200) untuk bertanyakan apa yang berlaku. Namun jawapan yang diterima sangat mengecewakan, pihak KTM hanya mampu memohon maaf tanpa menerangkan masalah yang dihadapi. “Siapa yang akan bertanggungjawab? Ribuan penumpang berada dalam gerabak dan ribuan lagi yang menunggu. Kami semua lambat ke tempat kerja siapa yang mahu bertanggungjawab?”

“Mereka hanya boleh meminta maaf tetapi majikan kami tidak akan terima alasan ‘maaf’ jika saya lewat ke tempat kerja.”

Malah ada seorang gadis menangis kerana dia telah lambat untuk menghadiri exam, siapa yang mahu bertanggungjawab? Ini bukan kali pertama masalah seperti ini berlaku, cukup cukuplah!

Harga dah dinaikkan tapi mengapa perkhidmatan masih teruk? Cukup-cukuplah!

9

Harga tiket dah dinaikkan sebanyak 30% tapi perkhidmatan yang diberikan masih teruk. Orang awam tak akan berkira untuk bayar jika perkhidmatan juga dibaikpulih.

Saya turun di stesen Kepong dan beratur sekali lagi untuk refund semula duit saya.

Sehubungan itu, saya mendesak agar KTM memohon maaf kepada semua penumpang yang lewat ke tempat kerja menerusi Facebook, Twitter, laman web rasmi dan apa sahaja saluran yang ada.

Diharapkan pihak bertanggungjawab mengambil langkah sewajarnya untuk membaikpulih perkhidmatan kerana kebanyakan daripada rakyat Malaysia memilih untuk menaiki kenderaan awam ke tempat kerja untuk menjimatkan kos. Seiring dengan kenaikan yang dibuat, perkhidmatan pun seharusnya turut sama meningkat untuk kepuasan pengguna.

sumber: Rishwin Singh Sinda

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×