berita

Tampak Cantik Berseri Masa Wedding Dengan 5 Tips Pilih MUA Ni Girls!

September 26th, 2018 | by Nisa Irina
Indahnya Perkahwinan

Dalam korang sibuk buat preparation untuk upcoming wedding, salah satu benda yang tak boleh missed mesti lah makeup artist atau Mak Andam. Siapa je yang tak nak nampak cantik dan berseri-seri sebagai raja sehari kan?

Persediaan awal tu penting! Bab pemilihan MUA pun korang kena ambil berat sebab pengalaman MUA ni berbeza-beza tau. Pilih MUA yang boleh makeup korang sampai nampak seri kat wajah pengantin. Baru lah majlis korang dapat berjalan dengan smooth.

1. Survey & tempah awal-awal

Korang pilihlah dalam 2 atau 3 orang MUA supaya korang boleh compare pengalaman mereka serta harga yang bersesuaian dengan bajet dan kehendak korang. Kalau korang dah buat pilihan MUA yang korang nak, make sure korang buat tempahan awal untuk mengelakkan perkara-perkara yang tak diingini.

2. The only customer

Kredit: Pink Box Cereal

Bila dah tempah tu kena check juga dengan MUA untuk pastikan yang korang je customer dia pada hari perkahwinan nanti. Tak nak lah nanti tiba-tiba dia hilang dari radar atau rushing sebab ada customer lain.

Tak pasal-pasal korang kelam kabut nak cari MUA lain untuk ganti.

3. Discuss dulu sis..

Seeloknya discuss dulu dengan MUA jenis makeup yang korang minat dan rasa sesuai untuk tema wedding korang. Bagitahu apa yang korang suka atau tak suka untuk memudahkan kerja MUA. Cara ni boleh buat dua-dua pihak berpuas hati.

Inform jugak kalau korang ada masalah kulit sensitive supaya MUA dapat buat research produk apa yang sesuai dengan kulit korang. Dah satu hal pulak kalau muka korang naik jerawat atau gatal-gatal.

4. Jangan lupa test makeup

Kredit: Google

Sebaiknya test makeup yang korang berkenan so that korang tahu hasil makeup look tu macam mana. Kalau hasilnya memuaskan bagus lah, kalau tak korang jugak yang kena tanggung makeup yang kurang berkualiti.

Korang boleh buat test makeup seminggu sebelum tarikh wedding diadakan.

5. Takmo cerewet sangat okay!

Tak salah pun korang nak cerewet tapi biar lah bertempat. Lagipun dah memang hak korang nak bersuara. Kalau korang kurang puas hati dengan makeup dari MUA tu, cakap lah kat dia baik-baik.

Lepas bincang, confirm korang akan dapat hasil yang terbaik!

Kredit: MUA Aisya Fadila

Harapnya tips dari admin ni berguna untuk korang. Buatlah pilihan yang tepat okay! Yelah, wedding korang sendiri kot. Of course, nak nampak so syantik depan mata semua orang. So, girls, good luck on finding the right MUA!

 

Sumber: Pesona Pengantin