berita

Tampar & Tendang Perut Isteri, Lelaki Dipenjara 21 Hari

May 12th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

 

Foto: Harian Metro

Seorang lelaki dihukum penjara selama 21 hari oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat selepas mengaku salah mencederakan isterinya pada Isnin lalu.

Artikel Berkaitan: Pukul Kepala & Tendang Berkali-Kali, Video Ganas Suami Pukul Isteri Cetus Amarah

Tampar, tendang perut isteri

Gambar sekadar hiasan

 

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh, Mohd Zain Jaswadi, 42, mengaku bersalah menampar serta menendang perut isterinya, Siti Rafida Mansor di sebuah rumah yang terletak di Kampung Parit Bingan Laut pada 8 Mei lalu.

Difahamkan, tertuduh bertindak sedemikian selepas memarahi dan menampar anak lelakinya yang menyebabkan isterinya itu datang untuk menghalangnya.

Namun, tertuduh yang bekerja kampung itu kemudiannya bertindak menampar pipi, menumbuk dahi serta menendang perut sehingga menyebabkan isterinya mengalami kecederaan sebelum membuat laporan polis.

Dalam pada itu, isteri kepada tertuduh disahkan mengalami kecederaan di bahagian leher selepas mendapatkan rawatan di hospital.

Tertuduh kemudian ditahan dan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara setahun, denda atau kedua-duanya, sekiranya disabitkan kesalahan.

Namun, tertuduh yang diwakili peguam Tan Song Yan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon agar pihak mahkamah untuk mempertimbangkan semula hukuman yang diberikan kepada anak guamnya atas alasan perlu menanggung anaknya yang masih kecil.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 21 hari berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 9 Mei lalu.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×