Susulan tular video seorang wanita mengamuk di kedai serbaneka gara-gara berang apabila anak lelakinya dituduh mencuri oleh seorang pekerja, empunya diri tampil menjernihkan situasi tegang.
Artikel Berkaitan: Anak Dituduh Mencuri, Wanita ‘Mengamuk’ Serang Pekerja – ‘Mu Fitnah Anak Aku?’
Menangis dekat kedai
Menerusi siaran langsung di Facebook miliknya, pemilik akaun Wan Nor Baizura memohon maaf dengan rela hati kepada staf kedai serbaneka itu sambil ditemani suami dan anak-anak.
Menangis teresak-esak, wanita terbabit menyesal kerana sudah bertindak keterlaluan namun katanya hati dia luluh apabila anak kesayangan dituduh mencuri.
Saya nak tengok cctv baru puas hati. Saya dah kena kecam satu Malaysia. Saya sebagai seorang ibu, maruah saya pun dah tercalar. Saya orang meniaga.
Saya marah ada sebab, saya ada dua anak. Hati ibu mana tak luluh bila anak balik bagitau dia kena tuduh mencuri. Saya minta maaf. Ini pengajaran untuk saya dan ada hikmah apa yang berlaku. Kira kes ini dah selesai ya.
Wanita yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Kak Long’ memberitahu dia akan menarik semula laporan polis yang dibuat semalam.
Dah semak CCTV
Dalam perbualan itu, pekerja kedai tersebut turut mendedahkan anak wanita terbabit tidak mencuri selepas menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Malah katanya lagi, tidak ada kerosakan berlaku selepas anak kecil itu bertindak menendang barangan yang berada di kedai tersebut.
Sumber: Facebook Wan Nor Baizura