Pemenang Food Creator Of The Year di anugerah TikTok Awards Malaysia 2024, Tang Guo mendedahkan dia pernah mengambil masa sehingga tiga minggu untuk menghasilkan sebuah konten berdurasi empat minit.
Artikel Berkaitan: Acap S Akan Pastikan Impian Jadi Pelawak Tercapai – ‘Belum Ada Rezeki, Sekarang Guna Platform TikTok Buat Live Hiburkan Orang’
Artikel Berkaitan: ‘Founder’ LoKohoPunoh Group Merupakan Graduan Perubatan, Sasar Buat Siri Jelajah Pembersihan Kawasan Di Seluruh Malaysia
Tiga minggu proses
Menurut Tang Guo, konten tersebut adalah cara pembuatan coklat yang dihasilkan daripada koko asli.
Ada satu video bagaimana cara-cara membuat coklat saya ambil masa sehingga tiga minggu untuk hasilkan. Video itu hanya berdurasi empat minit sahaja.
Dalam video berkenaan, saya tunjuk daripada proses awal membuat coklat menggunakan koko.
Sebab nak tunggu koko itu kering dan melakukan langkah-langkah seterusnya. Itu paling lama.
Meskipun konten yang dihasilkan agak rumit, namun Tang Guo akui seronok dan bersemangat untuk menyajikan lebih banyak video memasak kepada pengikutnya.
Buat konten begini (memasak) bukan mudah, tetapi saya akan teruskan konten sebegini kerana saya suka dan rasa seronok.
Berkongsi mengenai perasaan memenangi kategori Food Creator Of The Year, Tang Guo bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengundi.
Terima kasih kepada semua pengikut yang mengundi saya sehingga berjaya memenangi kategori ini.
Saya berharap konten yang saya buat secara tidak langsung dapat mempromosikan makanan tempatan ke luar negara.