Malang nasib yang menimpa seorang bayi perempuan berusia 7 hari, apabila tangan kanannya digigit anjing peliharaan ahli keluarganya di Bachang, Melaka.
Kejadian tersebut terjadi sekitar jam 8.30 pagi, 2 hari lepas, apabila bayi tersebut ditinggalkan di ruang tamu ketika ibu saudaranya ingin mengambil air panas bagi memandikan bayi tersebut.
Letak di tempat panas
Gambar sekadar hiasan
Kemudian ibu saudara kepada bayi itu telah meletakkan bayi di atas bantal berdekatan pintu pagar yang ditutup rapat bagi menjemur bayi dan meninggalkannya seketika bagi mengambil air panas untuk memandikan bayi sebelum kembali semula ke arahnya dalam masa singkat.
Menurut Ketua Jabatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid, bayi tersebut diletakkan di ruang tamu dengan tujuan untuk mendedahkan kepada cahaya matahari bagi mengurangkan masalah penyakit Jaundis (demam kuning) yang dihadapi.
Ketika kejadian, ibu kepada mangsa baru sahaja memberi susu dan kemudiannya menyerahkan kepada ibu saudaranya bagi memandikan bayi tersebut.
Anjing yang menggigit bayi tersebut merupakan anjing jenis Plott Hound dan dilepaskan secara bebas di kawasan rumah.
Rujuk kepada pakar
Gambar sekadar hiasan
Pasangan suami isteri itu membawa bayi tersebut ke hospital swasta namun, hospital tersebut meminta untuk merujuk kepada Hospital Melaka. Setibanya di situ, bayi tersebut dibawa ke zon merah sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rujukan pakar.
Kini, bayi tersebut sedang menjalani pembedahan dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur. Kes tersebut disiasat di bawag Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001/289 Kanun Keseksaan.
Sumber: Astro Awani