berita

‘Tangan, Kaki Alami Gatal Teruk’ – Pengalaman Aneh Selepas Pulang Dari Makam Mahsuri

August 24th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Menerusi Kelab Cerita Hantu Malaysia, seorang wanita berkongsi pengalaman seram ketika melawat makam mahsuri di Langkawi. Peristiwa itu terjadi pada 6 tahun lepas namun masih segar diingatan. Menurutnya, dia alami kejadian aneh iaitu gatal-gatal pada bahagian pergelangan lengan dan kaki. Paling seram apabila gatal itu hilang sejurus azan subuh.

Orang cakap jangan tenung lama-lama

Assalamualaikum sebelum aku bercerita, aku nak mohon maaf terlebih dahulu andai ada tersilap. Tak berniat mengguris hati sesiapa terutama orang yang berasal dari kedah/langkawi. Just nak share pengalaman. Cerita dia dah lama. 6 tahun lepas masa aku study dulu. Masa pergi rombongan universiti ke Langkawi untuk projek sekolah rendah. Kira lawatan sambil belajar.

Satu hari ke sekolah untuk projek. Hari lain berjalan dan tak ketinggalan ke muzium makam mahsuri. Masa masuk muzium tu, ada sorang lelaki bawak pusing-pusing tengok sambil dia explain segala benda. Macam tour guide la lebih kurang. Masa berkumpul depan frame gambar mahsuri yang besar tu. Dia cerita serba sedikit pasal potret mahsuri tu. Kononnya pelukis tu dapat ilham wajah mahsuri dari mimpi la. Gambar tu misteri la. Jangan tenung gambar tu lama-lama la. Tenung gambar tu ikut sudut mana pun mata dia mengikut memandang kita. Dan macam2 lagi dia cerita.

Menurutnya kejadian yang berlaku pada 6 tahun lepas masih segar diingatan. Walaupun ianya mungkin tidak berlaku pada orang lain, namun pengalamannya sehingga sekarang membuatkan dia masih seram dan tidak berani merenung foto mahsuri.

Terjaga 5 pagi gatal-gatal

Bila lepas dia cerita pasal gambar tu, semua beredar kecuali aku sorang. Aku dok tenung je lelama. Dalam hati aku ckp, “cantik jugak. Mesti dia paling cantik waktu tu tapi kesian dia sebab kena fitnah.” Kemudian aku bawak keluar phone dan ambil gambar tu. Malam tu, balik ke bilik. Aku tidur lambat.. Sekitar jam 3pagi. Org kata jam 3 pagi tu waktu kemuncak. Waktu benda-benda halus tu dok aktif. Aku biasalah dok belek fon tengok balik gambar-gambar sepanjang 3 hari kat Pulau Langkawi. Sampai gambar mahsuri, aku tenung je lama-lama sebab aku rasa unik, aku suka. Then aku buat wallpaper handphone aku kemudian off fon dan terus tidur. Pagi tu, subuh2 sekitar jam 5 lebih macam tu aku terjaga.

Sebabnya, bukan alarm subuh aku bunyi. Tapi aku bangun tengok, kaki tangan aku naik gatal-gatal merah-merah. Nak kata alergik mcm mustahil sebabnya alergik aku bila datang akan naik kat muka atau peha. Ini tidak. Tempat gatal-gatal merah-merah tu hanya naik dekat sekitar pergelangan tangan dan kaki (tapak kaki sampai atas buku lali dan tapak tangan sampai atas pergelangan tangan sedikit). Pelik kan? Senang cerita, tempat aku naik gatal-gatal merah-merah tu betul-betul exactly sama persis dgn tempat tangan dan kaki mahsuri yang terdedah dalam gambar tu. Tempat yang tak tertutup tu. Exactly sama!

Tambahnya, ketika hari kejadian dia ada memandang potret mahsuri sehingga alami gatal-gatal walaupun dia tidak pernah ada alahan. Malah menurutnya dia juga tidak makan seafood beberapa hari sebelum kejadian.

Tak berani nak tenung potret mahsuri

Aku memang terkejut dan hairan jugak. Puas menggaru sebab naik penuh merah2 gatal-gatal. Sampailah azan subuh berkumandang. Sekelip mata tak sampai 5-10 minit lepas tu, gatal merah tu semua hilang macam tu je. Kebetulan time tu aku uzur tak boleh solat. Aku sambung tidur lepas azan tu. Jam 7 lebih dekat 8 pagi aku terjaga lagi. Tangan kaki aku CLEAR! Bersih beb! Takde satu merah bintat gatal ke apa. Licin habis. So aku buka galery fon dan tengok balik gambar mahsuri yang aku amek tu.

Betul tangan kaki aku gatal merah-merah tu tempatnya sama dengan tempat tangan kaki mahsuri yang tak tertutup dalam gambar tu. So since kejadian tu. Aku memang tak berani tenung or tengok gambar mahsuri lagi. Tapi aku still simpan dalam gallery fon sampai sekarang sebab rasa sayang nak buang. So tu jela nak share. Bukan nak cakap gambar tu berhantu ke apa. Just nak share apa aku alami. Yang maybe berkaitan atau tidak. Salah kata ke apa, mengguris ke, tersalah info ke apa. Mohon maaf.

Lebih menyeramkan apabila bahagian gatal itu terkena pada bahagian terdedah seperti dalam potret. Sejak dari itu, dia sudah tidak berani untuk merenung potret mahsuri itu.

Pengalaman orang lain

Sumber : Raga Sukma

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×