berita

Tangan & Kaki Diikat, Suami Saksi Isteri Dirogol, Empat Lelaki Dijatuhi Hukuman Mati

March 17th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Tak dapat dibayangkan bagaimana perasaan seorang suami apabila melihat isteri tercinta menjadi mangsa rogol oleh empat orang lelaki. Lebih meruntun hati apabila mengetahui kejadian tidak bermoral itu dilakukan di depan matanya sendiri.

Rogol depan suami mangsa

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan yang dipetik daripada Mirror UK, kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika wanita terbabit bersama suaminya sedang mendaki gunung di wilayah Khorasan Razani, Iran. Namun secara tiba-tiba, empat orang lelaki telah mendekati pasangan ini dan memulakan serangan.

Sebelum merogol wanita malang itu, suspek bertindak mengikat tangan dan kaki suami mangsa sebelum memaksa lelaki berkenaan melihat perbuatan keji mereka. Si suami pada ketika itu dikatakan tidak mampu berbuat apa-apa.

Dah dijatuhi hukuman

Sekadar gambar hiasan

Menurut sumber, pihak polis telah mengenalpasti kesemua suspek dan menahan mereka selepas siasatan dijalankan. Keempat-empat suspek didakwa atas pertuduhan melakukan penculikan, merogol seorang wanita dan mengancam seorang lelaki.

Susulan daripada pertuduhan itu, pihak mahkamah telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas empat lelaki terbabit. Difahamkan, hukuman tersebut telah pun dijalankan di Mashad Central Prison pada Isnin lalu.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×