Peminat kumpulan Dolla berkongsi sebuah posting mengenai salah seorang ahli kumpulan tersebut iaitu Syasya Rizal yang didakwa menjadi mangsa keganasan teman lelakinya sendiri.
Artikel Berkaitan: ‘Seksi-Seksi Macam Ini Tak Berkenan’ – Nenek Tegur Imej Seksi Syasya Dolla
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nenek Tegur Imej Seksi, Syasya Dolla – ‘Niatnya Baik, Tapi Saya Tak Mahu Berpura-Pura…’
Lebam di bahagian tangan
Menurut Idolla menerusi sebuah posting di Instagram Story, tangan Syasya dipercayai penuh dengan kesan lebam didakwa dipukul. Sebagai peminat, mereka meluahkan rasa kesal dan marah apabila Syasya diperlakukan sebegitu. Setakat artikel ini ditulis, wajah individu lelaki yang didakwa memukul Syasya masih belum didedahkan.
Ujar Idolla lagi, pihak media boleh bertanya kepada Syasya mengenai perkara tersebut sama ada sahih ataupun tidak. Cuma, mereka berharap soalan tersebut tidak diajukan dalam masa terdekat. Ini kerana, Syasya sedang bercuti bersama keluarganya.
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Syasya dipercayai sedang berada di Korea.
Sumber: Idolla