berita

Tangan Terketar, Berpeluh Ketakutan Tulis Ayat Tentang Neraka, Ini Kisah Kaligrafer Quran Othman Taha

May 21st, 2019 | by Amat
Kini Trending

Setiap hari kita memegang dan membaca ayat suci Al-Quran terutamanya pada bulan Ramadan ini. Namun, kita tidak pernah tahu siapa orang yang banyak berjasa menghabiskan masa bertahun-tahun untuk menulis tulisan kaligrafi ayat Al-Quran.

Ramai tidak mengetahu siapa penulis kaligrafi Al-Quran yang sebenar. Sheikh Othman Taha adalah satu nama yang gah dan perlu diketahui segenap umat Islam akan jasa dan pengorbanannya dalam menulis ayat suci Al-Quran.

Siapa Othman Taha?

Menerusi video berdurasi 4:39 minit ini menyaksikan Ahmad Al Shugairi, seorang pengacara terkenal di Arab telah membuat tinjauan mengenai ‘Siapakah Othman Taha?’. Rata-rata responden tidak mengetahui Sheikh Othman Taha sehinggakan seorang remaja dapat menjawabnya dengan betul.

3 tahun untuk siapkan senaskhah Al-Quran

Sheikh Othman Taha turut berkongsi pengalamannya menyiapkan senaskah Al-Quran menggunakan tulisan kaligraf yang mengambil masa kira-kira 3 tahun. Turut dikongsinya lagi, dia mengalami detik kesukaran dan perasaan takut apabila lebih memahami maksud ayat suci Al-Quran mengenai neraka dan syurga. Tangan dan wajahnya mula berpeluh.

Tambahnya, dia turut meminta agar penonton mendoakan kesejahteraan ke atas mata dan dirinya untuk meneruskan perjuangan dalam menulis ayat Al-Quran.

Kenali Othman Taha

Othman Taha kini berusia dilahirkan pada 21 Mei 1934 (84 tahun) di Aleppo, Syria. Beliau mempunyai minat dalam bidang tulisan kaligraf sejak usia muda lagi dan telah melanjutkan pelajaran di Damascus University sebelum dia bertemu dengan Muhammad Badawi Al-Diyrani, seorang ketua kaligrafer di Syria.

Selain itu, beliau juga pernah ke Istanbul bertemu dengan Hamid Al-Amidi seorang kaligrafer terkenal di negara itu dan belajar menulis tulisan kaligraf hingga mendapat sijil pengiktirafan di sana. Hasil tulisannya yang pertama kali adalah pada tahun 1970 dan telah menulis lebih dari 10 salinan.

Tambahan, Othman Taha telah menyalin lebih 12 veris tekstual termasuk Warsh (digunakan di Morocco dan Algeria), Hafs (digunakan diseluruh dunia), Duri (Afrika dna Sudan), dan Qalun (Libya).

Sumber: The Muslim 500, TV Time

SKIP THIS AD ×