Malaysia antara negara yang tidak terlepas daripada mengalami bencana alam, keadaan ini bukan sahaja membuatkan ramai kehilangan tempat tinggal serta harta benda tetapi turut mengorbankan jiwa-jiwa yang tidak bersalah.
Sebagai sebuah Keluarga Malaysia, kita pastinya sentiasa berganding bahu dalam menyampaikan bantuan. Contoh paling jelas dapat dilihat ketika banjir buruk yang melanda negara pada Disember 2021.
Pelbagai agensi, aktivis, pekerja barisan hadapan, orang ramai bersama pihak kerajaan telah turun padang membantu mereka yang terlibat.
Bagi meringankan beban mangsa, pihak kerajaan dibawah pimpinan Dato’ Seri Ismail Sabri memperuntukkan RM2.03 billion sebagai Bantuan Banjir Keluarga Malaysia merangkumi Bantuan Wang Ihsan (BWI), Bantuan Pembelian Keperluan Asas (BPKA), Bantuan Membina dan Membaik Pulih Rumah, Baucar Diskaun Pembelian Alat Eletrik dan Rebat Bil Eletrik pada pada bulan 12, 2021 dan lain-lain lagi.
Banjir di Kuala Muda & Yan Tanah
Terdahulu, negara juga dikejutkan dengan banjir buruk di Kuala Muda serta Yan, Kedah yang mana telah menjejaskan kira-kira 1000 buah rumah di kedua-dua kawasan ini.
Mengambil kira akan keperluan rakyat, Ismail Sabri mengumumkan bantuan segera berjumlah RM75 juta demi membantu kerajaan negeri Kedah membina semula kemudahana awam dan infrastruktur yang rosak akibat banjir.
Di samping itu, pihak kerajaan turut memberikan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada keluarga mangsa yang kehilangan waris.
Tanah Runtuh di Penampang
Pada September 2021, tiga keluarga di Kampung Madsiang, Penampang, Sabah mengalami detik cemas apabila berdepan situasi tanah runtuh yang telah meranapkan rumah mereka serta beberapa kenderaan penduduk kawasan setempat.
Dalam satu hantaran di Twitter Ismail Sabri menyifatkan keadaan tersebut sebagai sangat menyedihkan.
“Menyayat hati, apabila saya melihat keadaan mangsa. Dalam sekelip mata, kediaman mereka musnah akibat bencana itu yang berlaku semalam,” katanya.
Mangsa bagaimanapun dapat menarik nafas lega apabila dapat ditempatkan di rumah baharu yang siap dibina hasil sumbangan beliau.
Lagi Bencana Banjir di Baling
Pada Julai 2022, Kedah sekali lagi dilanda Banjir kilat. Kali ini beberapa kawasan di Baling teruk ditenggelami air sehingga memaksa penduduk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Banjir kilat tersebut menyebakan sekurang-kurangnya 20 rumah penduduk mengalami kerosakan dan meragut tiga nyawa¹.
Ismail Sabri yang pada ketika itu sedang dalam lawatan kerja ke Turkiye, bertindak pantas dengan menghantar Setiausaha Politik beliau Dato’ Muhammad Anuar Yunus bagi meninjau perkembangan di lokasi kejadian.
Tidak lama selepas itu Bantuan Bencana Banjir #KeluargaMalaysia diumumkan merangkumi Pembelian Barangan Keperluan (RM2,500), Kerja-kerja Pembaikan Rumah (RM5,001-RM15,000), E-Rebat Tunai untuk Barangan Eletrik (RM500) Kerja-kerja Membina Rumah Baharu untuk Kerosakan Total (RM56,000), Kerja-kerja Pembaikan Rumah untuk Kerosakan Tidak Serius (RM5,000) dan Baucar Tunai untuk Pembelian Kenderaan (RM1,00).
Rujukan:
- https://www.astroawani.com/berita-malaysia/banjir-baling-musnah-harta-benda-boleh-diterima-hilang-nyawa-sangat-pilu-mangsa-369831