berita

Tangguh Anak Demi Belajar, Penantian 7 Tahun Pasangan Ini Akhirnya Tercapai

November 5th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Setiap pasangan suami isteri sememangnya mengimpikan cahaya mata sebagai anugerah terindah dalam kehidupan berumah tangga. Sudah pasti si isteri akan teruja apatah lagi ini pengalaman pertama yang akan dilaluinya.

Menerusi Facebook Waniey Rahim, wanita ini berkongsi kisah mengenai kehamilannya. Tambahnya, rezeki tersebut diperoleh di saat dirinya sudah berputus asa selepas beberapa tahun menanti kehadiran cahaya mata tersebut. Alhamdulillah!

7 tahun menunggu

Lagi 2 minggu lepas lah trimester pertama. Syukur alhamdulillah. Ambil masa lama juga nak percaya. Doktor terkejut tengok tarikh kahwin 2012 lagi tapi baru pregnant sulung. Sebenarnya saya buat family planning 5 tahun untuk habiskan belajar dulu dari spm masuk stpm dan ambik ijazah pula 3 tahun. So setahun setengah jugalah baru ada rezeki lepas habis belajar. Tu pun risau sangat takut tak ada peluang rasa nikmat ni. Sebab ramai kata kalau kita rancang even tak makan pil perancang pun payah dah nak lekat *makcik bawang always SCARY*

Tapi allah beri rezeki saat diri ini rasa putus asa dah (konon putus asa pdahal muda lagi) siap cakap dekat suami nak ambil anak angkat malam sebelum tahu pregnant lucu la. Sebab rasa kesian dekat suami 7 tahun menunggu tak ada lagi ni. 5 tahun korbankan keinginan sebab nak tengok bini dia yang cute ni naik pentas terima ijazah dulu. Thank you sayang.  Sementara nak dapat tu, berair mata setiap bulan. Tapi Allah makbul juga doa-doa kami. Yang masih menunggu tu, jangan sedih. Usaha dan doa. Doa saja setiap setiap masa. Duduk saja-saja pun doa. Sebab kita tak tahu bila doa kita Allah angkat.

Selalu terdetik ketika berdoa

Doktor kata bagusnya buat family planning. Terima kasih doktor. Doktor seorang je yang puji. Iya la, dulu kami korbankan keinginan demi ilmu dan kehidupan yang lebih stabil. Alhamdulillah saya rasa tak ada apa-apa dah perlu dirisaukan. Insyaallah boleh commit dengan baik erti kata lain dulu tak sedia lagi dan memang perancangan kami laki bini sebelum nikah lagi pun. Tapi syukur alhamdulillah. Allah tetapkan rezeki ni betul-betul ikut planning awal dulu. 2 bulan lepas hati ni selalu rasa nak hafal surah-surah Al-quran. Lepastu dan hafal surah Al-waqiah dengan Al-mulk je sapa ingat keseluruhan ayat.

Mungkin la masa duduk hafal tu Allah beri rezeki ni. Sebab masa tu tahu minggu subur masa duduk hafal tu selalu terdetik dalam hati mana tahu lepas ni pregnant. Ya Allah betul sungguh Allah dengar suara hati aku. Syukur happy tak terkata-kata. Terima kasih yang mendoakan. Doakan saya dipermudahkan segala urusan pulok deh. Ikutkan due date 2 hari lepas my birthday. Besar hadiah birthday tahun depan. Boleh jadi sama tarikh dengan anak nanti. Saya tak ada apa-apa tips. Kalau ada itu saja tips saya. Sebab saya pun terkejut double line. Masa tahu tu dalam sebulan macam tu la. Siap dia drip vitamin c 2 kali juga. High dose pula tu. Mujur gagah perkasa duk exercise la. Nasib baik baby kuat dalam tu. Semoga membesar dengan sihat dan sempurna.

Sumber: Waniey Rahim

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×