Walaupun kadang-kadang tu kita sudah kenal dengan seseorang dalam masa yang lama, sesetengah manusia masih busuk hati ingin ambil kesempatan atas kita. Contohnya seperti kisah diceritakan oleh gadis bernama Atiqah, dia terpaksa menanggung hutang akibat ditipu oleh rakannya yang dia kenal hampir 10 tahun.
Atiqah juga sanggup ambil risiko di usia muda dengan tanggung loan berpuluh ribu demi mendapatkan duit lebih. Sehinggalah pada satu hari apabila dia menerima satu panggilan dari..
Jangan terlalu percayakan rakan walaupun dah kenal dekat 10 tahun
Sekadar gambar hiasan
Jangan terlalu percayakan kawan.
It’s my birthday month & aku rasa di penghujung 20-an ni aku dah mampu bernafas. Tak boleh tarik nafas lega lagi sabab ada hutang belum selesai. Create this post so that one day bila aku down, aku baca & sedar yang aku kuat. #KitaOk
Never put too much trust in friend’s walaupun tempoh kau kenal dia almost 10 years. People change & jangan mudah sangat bagi orang lain guna your details (I/C) untuk apply loan or buat bisnes. Akibat dia sangat buruk. Kalau betul bisnes, proper with agreement black & white. Dan nota tambahan, perniagaan sambung bayar kereta walaupun ada perjanjian hitam putih , tetap tak sah. Pemilik asal yang kena tanggung & sangat complicated.
Semuanya bermula apabila..
Sekadar gambar hiasan
Here goes my journey :
Aku kenal lelaki ni, R, since 2004, aku sekolah, dia student U. Ish macam nak je tulis nama dia sebab dendam tu masih ada. Tapi aku dah janji dengan diri aku nak redha sebab aku percaya apa jadi ada hikmah.
2013, R approach untuk buat bisnes sewa kereta. Katanya, High Return & Low Risk. & tak perlu modal. R bagitau dia dah buat research pasal bisnes sewa kereta & ada sales person yang dah biasa dengan bisnes ni (boleh keluarkan kereta more than one in a time).
R suruh aku guna nama aku untuk beli kereta untuk buat sewa Aku ada payslip so senang nak buat loan. R pulak buat bisnes sendiri, Forex dengan ayam bakar waktu tu, jadi dia takde payslip, susah nak apply katanya,.
Kenapa aku senang sangat percaya R? Aku sangat percaya pada dia sebab perwatakan & credibility yang ada pada dia. 1st, waktu dia explain perancagan pasal bisnes sewa kereta, buat aku rasa teruja. Plan dia A-Z sound perfect. Lagipun dia memang ada business, waktu tu, macam masyuk, aku tengok effort dia, buat promotion, cari orang.
2nd. Aku kene cari side income sebab nak ubah hidup. Duk KL gaji bawah 1.3k, memang rasa nak nangis. & aku ada banyak sangat impian. Aku nak parents aku pergi umrah. Adik aku nak jadi pilot tapi exam yang dia kena amek harga berpuluh-ribu & aku nak tolong kesayangan walaupun dia jahat dengan aku, hahahaha!
Ambil risiko buat business di usia muda sehingga lah..
Aku nekad nak buat business sewa kereta, & tanggung loan berpuluh ribu di usia muda. Aku memang tak fikir kesan & akibat. Aku fikir aku akan ada duit lebih. For few month , semuanya okay. Payment cantik. Dapatlah rasa profit hasil sewa kereta.
Aku ada kerja hakiki, sebagai kerani. R berniaga sendiri so masa dia ikut suka. Kerja aku, kalau ada org nak sewa, roger dia. So, tentang bayaran, keadaan kereta, aku memang tak amek tau langsung, sedangkn kereta nama aku. 1st time keluar pun, aku tak pergi tengok. Aku memang percaya 100% pada R untuk uruskan bisnes.
Sehinggalah, aku dpt panggilan dari bank. Bukan satu tapi dari beberapa bank maklumkan yang kereta aku ada tunggakan. Time tu gugur jantung aku. Aku tak tau apa aku kena buat. Aku call R, dia seperti yang aku kenal, mmg jenis relax. Dia kata dia akn selesaikan. Sekali lagi aku percaya. Hari berlalu, aku bulat-2 serah pada R untuk selesaikn. Aku lupa kereta tu, loan nama aku, apa pun berlaku memang aku kena. Dan apa yang aku takutkan terjadi. R lepas tangan dengan pelbagai alasan. Kereta penyewa larikan, duit hasil sewa dia amek & kereta bebulan tertunggak.
2013 – 2018 , Sumpah hidup aku mmg terseksa dia buat. Tapi menda ni jadi sebab aku sendiri bodoh percaya orang. Aku jadi trauma bila bank call, haha. Sepanjang tempoh ni, banyak pengalaman yang aku dapat. Hasil aku berkenalan dengan orang yang Allah hadirkan seketika dalam hidup aku, aku belajar dari Google, dari pihak insurance, sangat banyak. Dalam tempoh tu, aku berjanji dengan diri aku, aku tak nak kahwin.
Tidak ingin kahwin selagi hutang belum selesai
Sekadar gambar hiasan
Ada satu kereta tu aku nak jual, jadi aku kena topup beberapa ribu. Time tu nak dekat raya. Aku bagitau family aku, taknak balik raya, sebab aku takde duit apatah lagi nak bagi duit raya. Aku segan, nak bagi alasan apa kau kerja tapi tak bagi duit raya. Aku plan nak duduk kat Kl ni, kerja. Kerja KFC pun jadi lah sebab dia bayar mahal sikit time raya. Tapi family aku pujuk suruh aku balik, pasal duit raya tak payah fikir.
Tau apa mak aku buat? Mak aku suri rumah, so orang memang tak kan harapkan dia bagi duit raya. Dia bagi duit raya bahagian dia, isi dalam sampul, waktu nak bersalam reramai, dia bagi sampul tu kat aku, suruh aku edarkan bagi kat orang . Aku malu doh.. sumpah aku malu.
Sebab tu aku berjanji dengan diri aku, selagi masalah kereta ni tak selesai, selagi hutang aku tak berkurangan, aku taknak kahwin. Aku kene happykan family aku dulu & komitment aku bujang ni pun dah tinggi. Macam mana aku nak wujudkan keluarga bahagia aku sendiri. Masalah ni wujud sebab aku yang create, so aku jugak kena selesaikan. Dan sekarang tinggal sikit je lagi.
Ini cuma mukadimah kisah kau je Eqa. Aku percaya, Allah bagi aku ujian ni bersebab. Aku percaya Allah hadirkan orang tertentu dalam hidup aku cuma sementara pun bersebab. Dan untuk ujian ni, aku redha. Aku rugi beribu & orang lain pulak yang senang. Kalau dulu rekod CCRIS aku POOR, sekarang dah dekat tengah-2 dah score aku, sikit lagi nak jadi GOOD. Dan aku dah boleh kawen! Sekarang aku nak ada orang jaga aku supaya aku jadi bertambah pandai!. Doakan urusan aku akan datang dipermudahkan . #KitaOK
So,nak hayati cerita aku, korang boleh lah sambil tu menyanyi lagu hey hey #kitaok !
#sewakereta #sambungbayar #kawanmakankawan #donttrusttoomuch#bepositif #hunnybunnylifestory
*gambar kereta yang aku jual.Panjang cerita ni. Sila fokus pada keadaan cermin kereta , abaikan manusia dalam tu. Tunggu next post.
Sumber: Facebook Atiqah Miftah