berita

Tanggung Yuran Belajar, Bantu Bayar Bil Bersalin Hospital, Kisah ‘Along’ Korban Jiwa Raga Untuk Keluarga

March 4th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Hubungan baik adik beradik bagai ‘air dicincang tidak akan putus’. Walau mempunyai perselisihan faham sehingga bermasam muka sekali pun, adik beradik mudah untuk bertolak ansur dan bermaaf-maafan.

Menerusi perkongsian Nurlia Mohd Nor di Facebook, yang menceritakan kebaikkan abang sulongnya yang sentiasa membantu dirinya dari segi kewangan sejak dari alam universiti sehingga telah berumah tangga. Abangnya sentiasa mendahulukan dirinya lebih dari diri sendiri.

Bukan saya minta, tapi Along ikhlas

Pernah satu ketika saya call Abah di kampung. Waktu tu saya belajar di Uitm Perlis.

“Ya, hari tu Long telefon Abah. Long tak bagi dah Abah bank in duit ke kamu tiap-tiap bulan. Long kata biar dia yang bank in ke kamu lepas ni..”

Kalau ikutkan dengan pencen Abah sebagai guru cukuplah nak menanggung saya seorang belajar, tapi Long nak bagi juga.

“Terima kasih Long..”

Waktu saya nak kahwin,

“Abah. Ni ada 3 ribu. Abah buatlah tambah untuk belanja kenduri kahwin Ya..”

“Terima kasih Long..”

Waktu nak mulakan kehidupan berumahtangga. Sambil hulur duit di tangan,

” Ya, kamu ambik 1000 lebih ni. Kamu beli la barang keperluan rumah. Bukan senang nak mula hidup berumah tangga, kamu pulak tak kerja. Kesian Hasnul semua dia nak sediakan..”

Apa yang saya ingat bila dapat duit tu saya beli peti sejuk 1 pintu dengan harga rm400 pada waktu itu, meja makan, kipas, dapur dan kabinet.

Syukurlah waktu bujang suami dah beli rumah. Dengan barang-barang itulah dan tambahan barang yang incik suami beli, kami suami isteri mulakan kehidupan berumahtangga di rumah kami yang kecil molek.

“Terima kasih Long..”

Bila si kembar lahir, waktu tu di Hospital Taiping. Long hulur rm500 untuk duit operation dan perbelanjaan hospital,

“Ambil Ya duit ni. Buat tambah belanja hospital kamu..”

“Terima kasih Long..”

Ni semua bukan saya yang minta. Tapi semua ni Long bagi dengan ikhlas.

Waktu dapat anak kembar, Along excited

Masa belajar di Uitm Shah Alam saya tinggal di rumah Long, bila dapat je bonus Long mesti bagi habuan untuk saya. Tu belum lagi bab duit belanja berulang dari rumah di Desa Pandan ke Uitm Shah Alam setiap hari.

“Terima kasih Long..”

Waktu dapat tahu saya mengandungkan anak kembar, Long ajak kami pergi Aeon. Long agaknya excited sebab kembar kan. Long belikan baby cot. Dalam rm500 juga harganya. Tu belum bab beli mainan dan sebagainya selepas si kembar lahir.

“Terima kasih Long..”

Sesiapa pun di awal perkahwinan ekonomi masih goyah, tak stabil kan. Nak pula macam saya selepas setahun berkahwin terus dapat anak kembar dan saya pula tak bekerja pada ketika itu. Bukan tak memohon untuk bekerja tapi minta KPLI 2,3 kali, tiada rezeki.

Setiap kali Long hulur, mesti dia akan kata,

“Kamu ambik ni. Semua yang Long bagi selama ni kamu tak payah nak bayar balik. Long bagi ikhlas bantu kamu..”

“Terima kasih Long..”

Ye, benda-benda ni saya takkan lupa sampai mati.

Sebak bila dengar kata along

Semalam bila Long whatsApp dan inform ni saya jadi sebak. Walaupun saya dah hidup berumahtangga selama 16 tahun, dah hidup selesa berbanding di awal perkahwinan, tapi Long tak pernah lupa.

“TERIMA KASIH LONG..”

Dalam hubungan adik beradik ada masa kita happy, ada masa kita sedih dan terasa hati. Semua orang begitu. Itu normal sebab kita bukan manusia yang sempurna.

Tapi pandanglah adik beradik kita dari satu sisi yang baik, ingat kenangan waktu membesar bersama, pesanan orang tua agar hubungan dan ikatan ini akan berkekalan sampai ke syurga.

Sumber: Nurlia Mohd Nor

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×