berita

Tangisan Keluarga, Anak-Anak Iringi Pasukan MALBATT 850-7 Berlepas Ke Lubnan

October 4th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sanggup berjuang demi negara, walaupun ada masanya perlu mempertaruhkan nyawa, jasa dan pengorbanan anggota tentera Malaysia sememangnya tidak boleh dilupakan. Baru-baru ini, sebuah majlis khas untuk meraikan penghantaran Kumpulan Pertama Malaysia Battalion, MALBATT 850-7 ke Lubnan telah diadakan di Pengkalan Udara Subang, Selangor.

Menerusi Facebook Berita Tentera Darat Malaysia, tujuan kumpulan tersebut dihantar ke Lubnan adalah untuk menyertai sebuah misi di bawah Pasukan Interim PBB. Hal ini juga untuk memastikan pengiktirafan tersebut sentiasa terpelihara, selain memartabatkan imej negara. Di sini kami kongsikan beberapa foto suasana sedih dan hiba ahli keluarga wira negara yang menyertai misi tersebut.

Selamat pergi dan pulang

Lambaian sebelum berangkat

Mempunyai empat peringkat

Menerusi laporan Berita Harian, Mejar Zulkifli Mat Jusoh, memberitahu bahawa berjauhan dengan keluarga selama setahun merupakan pengalaman yang amat berat buat dirinya. Namun,ia menganggap hubungan berjauhan ini mampu menjadikan mereka lebih menghargai antara satu sama lain. Beliau turut meluahkan perasaan gembira apabila dipilih menyertai Pasukan MALBATT 850-7

Dipilih menyertai misi ini satu kebanggaan bagi warga tentera. Biar pun tidak pernah terfikir akan ditempatkan di Lubnan, saya anggap ia satu pengiktirafan, lagi pun ini misi pertama saya di luar negara selepas berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kira-kira 16 tahun.

Seramai 216 pegawai dan anggota yang akan bertugas di Lubnan sehingga 2 Oktober 2020. Selain itu, MALBATT 850-7 akan dihantar ke Lubnan menerusi empat peringkat, iaitu kumpulan pertama pada 1 Oktober lalu, diikuti kumpulan seterusnya pada 8, 15 dan 22 Oktober. Kesemua anggota akan ditempatkan di Kem Ma’rakah dan Kem Tibnin menerusi kawalan operasi Markas Sektor Barat UNIFIL.

Majlis penghantaran kumpulan pertama itu dihadiri Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamad Sabu yang turut menyempurnakan pemakaian beret PBB dan penyerahan bendera Malaysia.

Sumber: Berita Tentera Darat Malaysia & Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×