Kalau korang suka fotografi atau gemari keindahan outdoor, ini peluang terbaik untuk korang tunjukkan bakat dan kreativiti korang!
Bermula sekarang hingga 28 Februari 2025, Gamuda Cove membuka peluang kepada semua penggemar fotografi untuk menyertai Cove Creators: Picture the Play Photo Competition.
Apa yang menarik? Selain hadiah lumayan yang menanti, korang juga berpeluang explore pelbagai lokasi unik yang penuh dengan keindahan alam, elemen pengembaraan dan hiburan. Tak kisahlah korang amatur atau pro, yang penting kreativiti!
Apa yang menarik dekat Gamuda Cove ni?
1. SplashMania Waterpark, tempat penuh aksi & keriangan!
Kalau korang suka gambar aksi atau nak cari shot paling fun, SplashMania Waterpark adalah tempat terbaik. Tangkap gambar momen spontan kawan-kawan atau keluarga tengah enjoy gelongsor air atau di kapal Amazonia, confirm gambar korang stand out!
Jangan lupa cuba Titanic Experience kat sini, korang boleh lakonkan semula adegan “King of the World” daripada filem Titanic sambil menikmati pemandangan indah dari puncak kapal Amazonia.
2. Central Park & Townsquare Park memang ‘instagram-worthy’ sangat!
Central Park & Townsquare Park memang port wajib kalau korang suka gambar suasana santai dengan vibe moden. Ada landskap hijau, pencahayaan semula jadi, dan ruang yang tenang untuk korang cari ilham.
3. Discovery Park – Adventure dalam gambar!
Untuk korang yang suka gambar dengan tema pengembaraan, Discovery Park ada banyak spot menarik. Cuba tangkap shot waktu golden hour, magis betul hasilnya!
4. Paya Indah Discovery Wetlands, dekat dengan alam semula jadi!
Kalau korang nak gambar ala-ala National Geographic, sini tempatnya! Capture imej burung-burung liar, flora eksotik, atau suasana air yang mendamaikan.
5. Wetlands Arboretum Centre – sesuai untuk korang yang suka nature!
Port yang penuh dengan pelbagai jenis tumbuhan dan suasana tropika, perfect untuk korang yang suka explore tema-tema alam dan biodiversiti dalam karya seni korang.
Macam mana nak menang? Ikuti langkah di bawah ni:
LANGKAH 1: Daftar melalui borang dalam talian di sini.
LANGKAH 2: Tebus baucar korang kaunter tiket di SplashMania. Baucar ini boleh digunakan untuk membeli tiket ke beberapa tarikan lain di Gamuda Cove.
LANGKAH 3: Tangkap gambar terbaik korang di lokasi-lokasi di Gamuda Cove seperti yang dinyatakan di atas.
LANGKAH 4: Muat naik gambar terbaik korang di Facebook atau Instagram dan tag @splashmania.my, @glplay.my, dan @gamudacove serta gunakan hashtag #CovePictureThePlay, #CoveCreators, #GamudaCove dan #UnwrapTownsquare.
Pastikan akaun sosial media korang ‘public’.
Mudah je, kan?
Kalau korang nak tahu, Gamuda Cove bukan lokasi biasa. Dengan pelbagai tarikan seperti SplashMania Waterpark dan Discovery Park yang dihubungkan oleh e-tram untuk akses yang lebih mudah, ia menawarkan pengalaman serba lengkap.
Tambahan pula, tempat ini terkenal sebagai spot wajib untuk korang yang suka menangkap gambar, daripada pemandangan semula jadi yang menakjubkan hingga seni bina yang unik, setiap sudut di sini memang Instagram-worthy. Jadi, tak hairanlah kalau korang masukkan Gamuda Cove dalam bucket list korang!
Layari laman web Gamuda Cove untuk maklumat lanjut.
Jangan lepaskan peluang, jom sertai dan menang!
Tunggu apa lagi? Jom tangkap gambar luar biasa dan tunjukkan bakat fotografi korang kepada dunia! Siapa tahu, mungkin korang bakal jadi pemenang seterusnya. Jangan lupa, tarikh akhir penyertaan sehingga 28 Februari 2025 je tau!
So, tunggu apa lagi? Sediakan kamera korang dan ready untuk cipta karya seni di Gamuda Cove!