Kecoh sejak semalam apabila timbul dakwaan, penyanyi Nadeera telah ditangkap khalwat bersama kekasih yang berstatus suami orang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nadeera Zaini Nafi Bersekedudukan Dengan Suami Orang – ‘Saya Tak Salah, Buat Apa Nak Takut’
Artikel Berkaitan: #AJL39: ‘Saya Tahu Nadeera Ada Peluang Cerah, Semoga Ada Tempat’ – Biduanita Negara
Penjelasan JAIS
Memetik laporan Harian Metro, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melakukan tangkapan khalwat terhadap seorang selebriti.
Walau bagaimanapun, Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nur Syamira Md Suffri memaklumkan Nadeera bukan penyanyi yang terbabit dengan penangkapan itu.
JAIS sahkan tangkapan (khalwat) berlaku semalam (Selasa), namun, tidak membabitkan Nadeera seperti didakwa.
Namun, Nur Syamira tidak menjelaskan dengan lebih lanjut berhubung kes tersebut.
Pengurus menafikan
Gambar sekadar hiasan
Berikutan nama pelantun lagu Bukan Lagi Kita itu disebut-sebut, pengurusnya yang dikenali sebagai Acap bertindak menafikan spekulasi berkenaan.
Difahamkan ketika penangkapan dilakukan, Nadeera sedang menjalani sesi latihan Anugerah Juara Lagu Ke-39 (AJL 39) yang bakal berlangsung Ahad ini.
Terdahulu, seorang penyanyi wanita yang merupakan bekas peserta program realiti telah ditangkap khalwat kira-kira jam 2 petang selepas didakwa bersekedudukan bersama kekasihnya di sebuah rumah sewa.
Sumber: Harian Metro