Jika korang kerap travel ke luar negara atau bercadang untuk melancong ke luar negara, min nak perkenalkan satu aplikasi yang akan memudahkan urusan pertukaran matawang tanpa caj transaksi dengan 0 Yuran FX.
Nak tahu aplikasi apa yang min maksudkan? Korang kena scroll sampai bawah sebab ini adalah satu tips dan kemudahan yang kaki travel wajib tahu.
Tukar duit ke lebih 20 matawang secara online dengan Merchantrade Money!
Apa yang buat Merchantrade Money istimewa, adalah korang boleh tukar duit bila-bila masa dengan real-time. Takde masa menunggu.
Bukan itu sahaja, kadar pertukaran yang ditawarkan juga sangat kompetitif berbanding dengan platform-platform lain yang ada. Tak percaya? Korang kena cepat muat turun aplikasi ni dan tengok betapa mudahnya nak beli matawang. Mesti lepas tu korang akan berterima kasih pada min.
Ada 20 matawang yang korang boleh tukar pada kadar yang kompetitif dan sekarang mereka menawarkan kadar pertukaran yang rendah bagi USD, GBP, AUD, EUR, dan SGD.
Satu lagi, korang jugak boleh beli matawang dan simpan dulu sebelum korang travel. Ala macam korang buat tabung. Beli sikit sikit dulu & simpan dalam eWallet.
Beli-Belah di luar negara jadi mudah!
Dengan ada Merchantrade Money korang akan rasa lebih jimat dan mudah nak beli-belah sama ada secara atas talian atau melalui kedai fizikal.
Paling best, dalam masa yang sama korang boleh kawal perbelanjaan korang dengan topup Kad Prabayar Visa Merchantrade Money mengikut jumlah yang korang nak guna sahaja.
Cara nak gunakan Merchantrade Money ni mudah sangat. Korang ikut je langkah-langkah yang min kongsikan dibawah.
1. Layari http://merchantrademoney.com/ untuk muat turun aplikasi Merchantrade Money
2. Kemudian daftar akaun dengan menggunakan kaedah e-KYC
3. Lengkapkan pendaftaran korang dengan membuat tambah nilai RM100
4. Kemudian, mereka akan hantar kad prabayar korang dalam tempoh 5 hingga-7 hari bekerja.
5. Dah dapat kad, korang aktifkan sahaja kad tersebut melalui aplikasi.
6. Kad sedia digunakan.
Sebaik sahaja korang buat semua langkah diatas korang dah boleh terus guna Kad Prabayar Visa Merchantrade Money dan kad ini juga boleh digunakan di lebih 200 buah negara!
Bayangkanlah, hanya 1 kad dan 1 aplikasi diperlukan untuk travel ke mana sahaja. Lepas tu, kadar pertukaran matawang juga sangat kompetitif dan rendah. Berbaloi kot! Korang setuju tak?
Lagipun, korang boleh tambah nilai bila-bila masa sahaja korang nak dan korang ada akses penuh untuk track mana duit korang pergi.
Nak on atau off kan kemudahan pengeluaran duit di ATM Visa Plus pun mudah. Semua tu korang boleh kontrol hanya melalui aplikasi Merchantrade Money. Syok giler kan?
Kirim duit ke luar negara tanpa caj tersembunyi!
Sebelum min terlupa, korang kena tahu yang proses pemindahan duit ke luar negara juga mudah dengan Merchantrade Money.
Cuma perlu pilih negara yang ingin dihantar atau bakal diterima dan teruskan dengan proses pengesahan. Yang penting ada nombor akaun dan butiran penerima.
Tak sampai beberapa minit dah siap.
Jangan risau kadar transaksi yang dikenakan masih rendah dan berbaloi, sama je macam korang buat pertukaran wang.
Memang selamat!
Banyak sebenarnya kelebihan aplikasi Merchantrade Money sebab mereka ada sistem yang membolehkan korang akses status kewangan global.
Dengan ciri keselamatan yang terbaik, korang boleh mengawal settings kad hanya di dalam aplikasi sahaja.
Korang boleh block kad anytime andai ada kecurian, tukar PIN, kontrol penggunaan kad seperti membenarkan untuk pembelian secara PayWave atau online, pengeluaran tunai di ATM dan macam-macam lagi.
Aplikasi ni juga boleh beli topup prepaid tempatan & antarabangsa, bayaran bil dan selesaikan pelbagai urusan kewangan yang lain.
Jadi, buat para traveller di luar sana. Pastikan korang muat turun aplikasi Merchantrade Money sekarang.
Layari Merchantrade Money untuk maklumat lanjut berkaitan kemudahan dan perkhidmatan yang mereka sediakan.
Jom travel!!!