berita

Tanpa Segan Silu DM Nak Tahu Jenis Material, Aishah Pelik Ramai Peniaga Kaki Ciplak

June 23rd, 2020 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Penyanyi, Aishah meluahkan perasaan kecewa di Instagram apabila ada segelintir masyarakat tanpa rasa segan silu meniru hasil kerja dan ideanya. Menurutnya, golongan yang suka meniru itu malas hendak berfikir dan berkarya.

Saya nak buat juga

Kadang-kadang I peliklah, kenapa di Malaysia ni ramai kaki ciplak. Tak boleh tengok design orang lain, tanpa segan silu boleh tanya mana kita beli bahan kita. Dari dulu I tak faham betul perangai orang macam ni, ada akal fikiran, gunalah untuk develop product sendiri. Walaupun I bukanlah nak buat business sangat tapi, I ambil masa untuk develop design ini. Untuk setiap karya yang I buat yang menjadi, dalam tong sampah tu banyak experiment yang.tak jadi. Geram betul bila orang. Senang-senang nak ciplak, tak ada hormat langsung pada ciptaan orang.lain.

Sendiri tukang jahit pun tak boleh nak design ke. Ayooo. It is frustrating bila berdepan dengan orang-orang macam.ni. Dulu pernah orang datang rumah I ciplak design salah satu bahan untuk buku I. Siap masuk pertandingan guna design I.(Menang pulak tu!) Hadoiii memang tak dijemput datang rumah lagilah gamaknya. Pernah juga ada kenalan yang. I perhatikan sentiasa tiap kali I buat sesuatu kraf dan upload di media sosial, 2-3 hari kemudian dia akan buat sesuatu yang hampir sama.

Mula-mula ingatkan kebetulan tetapi lama kelamaan memang dah seketul-seketul ditirunya. Orang macam ni tak ada confidence dalam diri sendiri untuk berkarya, ataupun saja malas untuk berfikir, senang nak main ciplak je. Memanglah,tak banyak design yang kita boleh kata betul-betul unik kita punya, mesti kita dapat inspirasi dari mana-mana, tapi sebagai inspirasi saja. Come onlah, developlah produk sendiri jangan nak cari jalan mudah nak main ciplak saja!

Menurut Aishah, seorang pengguna Instagram menghantar Direct Message (dm) kepadanya dan bertanya mengenai bahan yang dia gunakan untuk membuat produk face mask extender. Jelasnya, individu tersebut tanpa rasa segan silu bertanya mengenai soal tersebut dan hendak meniru ideanya. Susulan daripada itu, Aishah meluahkan perasaan kecewa kerana individu tersebut tidak menggunakan akal dan berfikir mengenai cara mengolah produk tersebut.

Tambahnya, masalah tersebut bukan pertama kali terjadi buat dirinya. Sebelum ini, ada juga beberapa individu meniru ideanya. Oleh itu, dia berharap rakyat Malaysia mampu berfikir dan mencari idea sendiri seandainya ingin menghasilkan sesuatu produk.

Mesti ada respect sesama kita

Inilah yang I maksudkan untuk setiap produk yang kita buat menjadi, banyak.lagi yang dalam bakul sampah yang tak menjadi. Ini sampah baru 2 hari, yang sebelum-sebelum ni pun lebih kurang banyak ini. Ini baru benda kecil saja, diperhalusi dan diperbaiki. Siapa yang selalu buat benda-benda mcm ini akan tahu rumitnya proses bila mula-mula nak buat satu design barang. Adakala sampai tak tidur malam, usaha untuk buat yang terbaik. Sekali orang terus nak ciplak je, hanya yang pernah rasa akan tahu peritnya.

Tapi yang tak pernah buat kerja mcm ni senang tulis, alaaa share je,alaa ilmu buat extender je pun bukan boleh bawak masuk kubur, jangan bongkak sangat dengan kebolehan Allah boleh tarik bila-bila masa,share ilmu banyak pahala. You guys are missing the point totally. Ini produk I jual, ada monetary value to it. Alaaa ada yg kata,’ kita ajar pahala tak putus2′,owh kalau macam tu semua orang mengajarlah free2 je. My point is,kita mesti ada respect sesama kita, kalaupun sesama nak buat business.

Contohnya,I ada seorang cikgu jahit manik buat produk sama.Kalau nak kira I pun boleh jugak kalau nak buat jahit manik macam tu, tapi I hormat dia dan karya dia, jadi I develop my own. Kita kena ubah mentality meniru ini sekiranya kita nak maju. Anyway, orders untuk Face Mask Extender I ditutup sementara waktu. Kepada yang dah order, harap bersabar ye I akan cuba buat secepat mungkin. I akan buat order ikut giliran siapa yang bank in dulu ok.

Sementara itu, Aishah juga menjawab kecaman netizen yang mengatakan dia kedekut ilmu. Ujarnya lagi, niatnya adalah untuk mengajar individu tersebut menghormati hak individu yang lain terutama dalam bidang perniagaan. Aishah turut memberitahu bahawa kegagalan kali pertama bukan penghalang buat mana-mana individu untuk terus memikirkan idea.

Sumber: Aishah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×