berita

‘Tanpamu Berasku Tak Masak’ – Baru 4 Hari Jadi ‘Isteri’, Periuk Nasi ‘Ditalak’ Sebab Tak Reti Masak Lauk Lain

October 4th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Pelik tapi benar! Itulah ungkapan paling sesuai menggambarkan kisah seorang lelaki dari Indonesia ini yang nekad ‘mengahwini’ sebuah periuk nasi. Lebih mengejutkan ramai apabila lelaki berkenaan ‘melayani’ periuk nasi berkenaan seperti manusia. Aneh!

‘Nikah’ dengan perik nasi

Memetik laporan Suara.com, lelaki yang dikenali dengan nama Khoirul Anam turut berkongsi beberapa foto memaparkan dirinya mengucuup ‘isterinya’ itu di majlis pernikahan yang berlangsung pada 20 September lalu. Lebih mencuit hati apabila Khoirul dengan selambanya mengenakan busana pengantin berona putih sementara periuk nasi berkenaan dipakaikan veil seperti pengantin perempuan.

Malah, terdapat beberapa momen Khoirul bersama ‘isterinya’ duduk bersebelahan sementara dirinya menandatangi beberapa kertas kononnya borang pernikahan. Menurut kapsyen yang ditulis Khoirul, periuk nasi berkenaan merupakan ‘isteri’ idamannya kerana tidak banyak bercakap, pendiam dan yang paling penting pandai memasak.

Putih, pendiam, tak banyak cakap, pandai memasak. Idaman sangat. Hangat lagi, tanpamu berasku tak masak.

Baru 4 hari kahwin dah cerai

Namun, ‘rumah tangga’ yang dibina hanya bertahan selama empat hari sahaja. Khoirul memaklumkan dia terpaksa ‘menceraikan’ periuk nasi berkenaan kerana peralatan itu hanya boleh memasak nasi sahaja dan bukan makanan lain. Walaupun berat untuk diterima tetapi dia percaya tidak ada satu pasangan pun yang sempurna.

Meskipun kisah Khoirul dan periuk nasi hanyalah sebagai konten dan bahan jenaka, tetapi ramai dalam kalangan netizen mengakui terhibur. Malah mereka sempat berseloroh dan berharap agar Khoirul dapat bertemu jodoh dengan peralatan ‘multipurpose’ pula dimana ianya boleh memasak pelbagai jenis makanan.

Sumber: Suara.com

SKIP THIS AD ×