berita

TAPAU Fest 2023 Kembali, Lebih 10 Band Indie Dari Malaysia, Indonesia & Thailand Bakal Riuhkan Pentas

September 25th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

TAPAU Fest

Setelah kejayaan menarik kira-kira 3000 pengunjung pada edisi lalu, TAPAU Fest kembali lagi pada tahun ini dan bakal berlangsung pada 7 hingga 8 Oktober 2023 di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak.

TAPAU Fest kembali

TAPAU Fest

Berlatarbelakangkan tasik yang indah dan gunung-ganang, TAPAU Fest menjemput komuniti indie Asia Tenggara untuk #LepakLenggong bersama artis indie ternama dari
Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand dengan tema #SerumpunBerpesta.

Pengarah Kreatif TAPAU Asia Sdn. Bhd iaitu Ahmad Faris berkata edisi kali ini akan lebih meriah berbanding sebelum ini.

Dari taksub cuba nak jadikan festival kita lebih besar dan besar setiap tahun, kita buat keputusan untuk beri lebih perhatian kepada butiran-butiran kecil terutamanya dalam kurasi bagi membawakan komunti indie dan rakyat Lenggong terlibat sama.

Tahun ini TAPAU Fest juga memberi penghormatan kepada wanita yang membentuk ‘scene’ ini yang dapat dilihat melalui kerjasama mereka dengan Newruul iaitu seniman muda di sebalik rekaan poster dan ‘merchandise’ rasmi, sementara barisan di PENTAS (pentas muzik) pula menampilkan ramai bakat wanita yang sedang menempa nama.

Persembahan hari pertama akan dimeriahkan oleh kugiran ‘Midwest Emo’, Mascot, Rub Of Rub (Indonesia), Wobbebong, Force Vomit (Singapura), ‘Garage Surf’, Rock n’ Roll Jemson, Nadin Amizah (Indonesia).

Persembahan hari kedua pula bakal dimeriahkan dengan The Jansen (Indonesia), Dikenali sebagai kugiran punk mid-tempo era 70-an dari Bogor, ‘Local Thrash Heroes’, Door Plant (Thailand), Lomba Sihir (Indonesia), Zee Avi.

Persembahan muzik di PENTAS hanya akan bermula pada jam 5 petang bagi memberikan masa kepada pengunjung festival untuk meneroka keajaiban Lenggong yang penuh dengan keindahan alam serta destinasi makan dan minum.

Pengunjung juga boleh berteduh dari matahari sambil belajar dan berkongsi pengetahuan di BENGKEL atau terokai karya pembikin filem indie di layar yang dikurasi dengan kerjasama Kaki Seni.

Pengunjung boleh menghilangkan dahaga dan mengisi perut dengan sajian Malaysia terbaik dihidangkan oleh peniaga dari Lenggong dan ‘foodtruck’ dari seluruh Malaysia di WARUNG.

Bagi mereka yang suka membeli-belah atau mengumpul rekod, ‘merchandise’ atau karya seni, PASAR menghimpunkan karya artis dan jenama indie sambil dihiburkan oleh DJ di pentas mini.

Tiket pre-sale sudah boleh dibeli mulai sekarang sehingga 6 Oktober 2023 dengan hargaberikut;  Tiket Solo Daily (1 tiket Hari 1 atau Hari 2) – RM175;  Tiket Solo Weekend (1 tiket Hari 1 dan Hari 2) – RM330; Tiket Geng Weekend (4 tiket untuk Hari 1 dan Hari 2) – RM1200.

Untuk tiket dan maklumat lanjut jemput ke www.TAPAUfest.asia atau ikuti @TAPAUfest di semua media sosial.

SKIP THIS AD ×