berita

‘Tapi.. Kalau Aku Jumpa.. ‘ – Rakan Ada Call Sebelum Overdose Dadah, Lelaki Ini Luah Rasa Menyesal

July 12th, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

Semenjak dari dulu lagi, stigma negatif masyarakat terhadap pesakit HIV dan AIDS masih tidak berubah. Ramai yang memandang hina golongan ini, malah ada ahli keluarga sendiri yang tidak sanggup menerima mereka.

Tapi pernah tak korang terfikir bagaimana mereka menjalani kehidupan? Lelaki ini di twitter menceritakan kisah dua orang rakannya yang terlibat dengan najis dadah, dan seorang lagi HIV+. Memang tak pernah terfikir sebelum ini perasaan mereka..

“… kat syurga nanti, jangan buat tak kenal”

Jumpa seorang kawan, sudah 16 tahun didiagnose sebagai pesakit HIV positif. Masih sihat. Dia sangat positif dan bersemangat membuatkan aku malu dengan kehidupan sendiri. Dia terima kenyataan yang dia takkan ada pasangan hidup selama-lamanya. Dia kelihatannya menerima hakikat itu dengan redha.

Orang mungkin tak tahu dia HIV positif sebab penampilannya seperti orang biasa je. Dia sangat berhati-hati takut penyakitnya berjangkit, kebanyakan masa hanya ada dirumah.

“Mati tu dah confirm. Aku pun tunggu je, anytime bro. Tapi selagi hidup, selagi tu je la kita cuba buat apa yang kita mampu” *abuk dlm mata

“Buto lah, dah dekat 16 tahun, dok idup lagi. Silap silap, aku mati dulu”

“Takper. Apa apa pun kat syurga nanti, jangan buat tak kenal”

“Tapi.. Kalau aku jumpa.. “

“____ dah meninggal, kau tahu kan?”

“Tahu”

“Dia ada call aku malam tu. Aku busy. Esoknya dia dah overdose.”

“Kau ni kawan ke apa?”

“Aku busy. Manalah tahu dia nak camtu”

“Bukan salah kau. Ajal”

“Tapi.. Kalau aku jumpa.. ”

“Nak ikut Tapi, semua benda ada tapi”

Kami ada seorang kawan, penagih tegar. Mati akibat overdose. Pada malam tu dia ada call, tapi saya busy.

Stigma negatif masyarakat terhadap golongan ini

Kami sebenarnya banyak bercerita mengenai hidup dan kematian yang menunggu. Dia dan keluarganya sudah bersedia. Untuk beberapa tahun ini mereka dah bersedia dari segi segalanya, tapi belum sampai ajalnya.

Saya tak boleh kongsi apa yang dia buat untuk hidup. Stigma negatif dalam masyarakat kita terhadap golongan ini masih tinggi. Tapi dia jalani hidup dengan penuh bersemangat.

Pada kita, hidup ini mungkin susah, tetapi ada orang yang lagi susah. Bagaimana kita menempuhi kehidupan itu sebenarnya lebih penting. Entahlah. Saya tak tahu.

Kawan yang overdose dadah itu datangnya dari keluarga yang kaya. Kawan yang menderita HIV positif ini pula datangnya dari keluarga sederhana sahaja.

sumber : Khalid

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×