berita

‘Tapi Saya Ada RM15 Je’ – Gadis Ini Terhibur Layan Pelanggan Cilik, Makcik Pun Makcik Lah!

February 6th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Nurin

Sudah menjadi asam garam buat peniaga untuk bersabar dan melayan karenah pelanggannya ketika urusan jual beli dilakukan. Bahkan, terdapat kes di mana peniaga bergaduh dengan pelanggannya berikutan salah faham yang berlaku.

Seperti kisah yang dikongsi seorang gadis dikenali sebagai Nurin, tampil menceritakan pengalamannya berhadapan dengan pelanggan ‘kecil’.

Assalamualaikum Makcik!

Foto: Nurin

Kisahnya bermula, apabila gadis ini menerima pesanan menerusi Whatsapp di mana pelanggannya ingin menempah makanan yang dijual olehnya. Apa yang mencuit hati, apabila pelanggannya memanggil gadis ini dengan gelaran ‘Makcik’ ketika urusan jual beli dilakukan.

Pada masa yang sama, kanak-kanak kecil ini sempat bertanyakan sama ada gadis itu sedang tidur atau tidak kerana tidak membalas mesejnya ketika itu. Tidak berakhir di situ, kanak-kanak ini sempat memberitahu supaya gadis ini memaklumkannya terlebih dahulu jika sudah sampai kerana dia (kanak-kanak) ingin bersiap dengan memakai tudung.

Lagi mencuit hati, apabila kanak-kanak ini seakan-akan terkejut apabila harga makanan yang ingin dibelinya menjadi RM20 berikutan caj tambahan RM5 bagi kos penghantaran terus di depan rumahnya.

Saya cuma ada RM15

Foto: Nurin

Pada masa yang sama, pelanggan kecil ini turut mempersoalkan mengapa harga makanan tersebut bertambah dan tidak seperti harga asal yang diiklankan. Lebih menyedihkan, dia (pelanggan) menyatakan dia hanya mempunyai RM17 bagi membayar makanan tersebut.

Kasihan dengan kanak-kanak itu, gadis itu bersetuju dengan hanya mengenakan caj RM2 bagi kos penghantaran dan kanak-kanak itu untung sebanyak RM3. Semoga gadis ini terus dimurahkan rezeki!

Panggil Makcik lagi

Foto: Nurin

Bahkan, kanak-kanak itu berulang kali memanggil gadis itu Makcik kerana dia mungkin tidak tahu sedang berurusan dengan seorang gadis.

Okay guys, done cod. dia bayar rm17. aku belum sempat keluar kereta and bagitau da sampai, dia dah gi kat tingkap kereta dengan lagi dua orang adik dia. hahahaha cutee ee nanti repeat order lagi okay dik!!

Hasil perbualan mereka, kanak-kanak ini bersetuju untuk membeli makanan yang telah dijual oleh gadis itu. Malahan, gelagat kanak-kanak itu dipuji kerana begitu teruja menantikan pesanan yang telah dibuat olehnya.

Bertalu-talu

Menerusi ruangan balas, rata-rata warganet turut terhibur dengan panggilan yang digunakan oleh kanak-kanak itu. Bahkan, ada juga netizen yang menyifatkan tindakan kanak-kanak itu wajar dipuji kerana menghormati orang yang lebih tua darinya.

Sumber: Nurin

SKIP THIS AD ×