berita

Target Kahwin Tahun Hadapan, Syahir Shafein Nak Cari Wanita Sopan Santun – ‘Kalau Dapat Tackle Mak Saya, Kira Lulus Lah Tu’

April 12th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon meningkat naik, Syahir Shafein mengakui berasa tertekan melihat rakan sebayanya kini sudah mempunyai keluarga sendiri.

Artikel Berkaitan: Sufian Suhaimi Tak ‘Rimas’ Diajukan Soalan Fasal Jodoh Ketika Hari Raya – ‘Modal Orang Tua Ajak Borak’

‘Kalau dijodohkan apa salahnya’

Ketika ditemui OhBulan!, Syahir, 29, meletakkan target untuknya mendirikan rumah tangga adalah pada usia 30 tahun iaitu pada tahun hadapan. Namun sehingga kini dia akui masih berusaha untuk mencari pasangan hidupnya.

Tekanan tu selalu ada lebih-lebih lagi bila kita balik kampung, mak cik dan pak cik selalu tanya bila nak kahwin. Saya hanya beritahu sedang berusaha. Kadang-kadang orang tak tahu usaha kita. Kita berdoa dan berusaha sahaja.

Dalam pada itu, Syahir berkata dia tidak menolak kemungkinan sekiranya terjadi cinta lokasi. Ujar Syahir lagi, dia juga tidak kisah siapakah jodohnya tetapi wanita itu perlu mendapat restu ibunya terlebih dahulu.

Mungkin semasa penggambaran kita cari chesmistry dan mungkin perasaan tu wujud. Kita tak boleh nak halang. Jodoh pun kita tak tahu. Kalau dah ada jodoh, InshaAllah.

Saya tak kisah jika jodoh saya orang industri atau bukan tetapi yang penting wanita itu perlu mendapat restu mak saya. Ciri-ciri wanita idaman saya adalah sopan santun dan hormat orang tua terutamanya mak saya.

Kalau wanita itu dapat tackle mak saya, kira dah lulus lah tu. Kalau dijodohkan apa salahnya. Saya sampai terfikir, kalau susah sangat saya suruh je mak saya cari.

Apabila ditanya pendapatnya berhubung orang ketiga, Syahir menganggap individu yang cuba mengganggu anya tidak sepatutnya wujud.

Bagi saya orang ketiga tak patut ada. Apa pun keadaan kita, mesti ada orang yang cuba menganggu. Kita perlu beri kepercayaan antara satu sama lain dengan pasangan kita. Jangan bagi ruang orang lain untuk menganggu hubungan kita.

Berbaik berpada-pada dan ingat orang tersayang yang banyak berkorban untuk kita.

SKIP THIS AD ×