Sidang media bersama penari balet Nika Tskhvitariia (kiri) dan Vitally Amialishha (tengah)
Buat julung kalinya, Freed Ballet bakal mengadakan pementasan tarian klasik balet di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 30 September ini.
Diskaun sempena Hari Malaysia
Penari balet memperagakan gerak tari balet
Menurut Pengarah Megatix iaitu Fatini Zakaria, ‘Freed Ballet : Masterpiece of World-Class Classical Music and Ballet’ bakal dipersembahkan bersama karya muzik klasik oleh pemuzik bertaraf dunia.
Kami mengambil keanggunan balet klasik dan menyelitkannya dengan teknologi cahaya dan bunyi termaju yang akan membuatkan penonton rasa terpukau.
Penonton akan dipersembahkan dengan balet “Swan Lake” pada babak pertama dengan muzik oleh Pyotr Tchaikovsky, manakala babak kedua pula, balet kegemaran semua orang “Don Quixote” “Scheherazade”.
Untuk rekod, tiket bagi pementasan balet ini sudah 70 peratus terjual. Jika anda berminat untuk menyaksikan persembahan balet yang cukup istimewa ini, jangan lepaskan peluang dan cepat dapatkan tiket di laman sesawang berikut www.freedballet.com.
Tiket dijual bermula dari harga RM269 hingga RM1,000 dan apa yang menariknya, potongan sebanyak 15% ditawarkan sempena Hari Malaysia. Rebut peluang ini dengan membeli tiket dengan harga diskaun bermula 15 hingga 20 September 2023.