Demam K-Pop dilihat bagaikan tidak pernah surut di Malaysia. Mempunyai kelompok peminat tersendiri, kumpulan muzik yang dianggotai oleh 12 orang anak muda ini kini menjadi kegilaan remaja.
Dibahagikan kepada 2 buah sub-unit iaitu EXO-M dan EXO-K, kumpulan ini mula menjadi buah mulut orang ramai apabila single berjudul ‘Mama’ telah berjaya menduduki tangga ketujuh dalam carta Global Youtube.
Terkini, selepas mencatat jualan album melebihi 1.5 juta unit di seluruh dunia, EXO bakal menggoncang jiwa para peminat dengan muzik video terbaru mereka berjudul ‘Overdose’.
Antara sedutan muzik video ‘Overdose’
Menghidangkan teaser live streaming dari Jamsil Indoor Gymnasium pada 15 April yang lalu, EXO telah menunda pelancaran muzik video tersebut demi menghormati tragedi malang yang menimpa Feri Sewol.
Apapun, penantian para peminat mereka nyata tidak sia-sia apabila muzik video tersebut yang dilancarkan pada hari ini telah berjaya menampilkan imej EXO yang lebih matang.
EXO persembahkan rentak tarian yang lebih unik!
Dirakam dalam bahasa Mandarin dan Korea, rentak tarian yang dihidangkan oleh mereka juga dilihat lebih unik dan bertenaga daripada muzik video sebelumnya.
Untuk makluman semua, EXO juga telah mengeluarkan mini-album terbaru dan sekaligus bakal mengadakan konsert sambutan ulangtahun kedua mereka pada 24 dan 25 Mei depan.
Anda tidak sabar menantikan konsert mereka? Apakata kita tonton dahulu muzik video mereka di bawah! Jangan ‘overdose’ pula ya!