Penyanyi Tasha Manshahar menggalakkan golongan wanita menghadiri majlis ilmu sebagai salah satu usaha untuk kekal istiqamah dalam proses penghijrahan diri.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Layak Ada Kawan Sebab Tak Pandai’ – Luahan Murid Undang Sebak, Tasha Manshahar Titip Nasihat

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Guna Nama Nadia Dari Hari Pertama Berkhidmat Sebagai Guru’ – Tasha Manshahar

Selalu pergi majlis ilmu, kelas tadabbur Al-Quran

View on Threads

Menerusi satu hantaran di Threads, pemilik nama Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 34, menitipkan pesanan buat para wanita agar tidak takut memulakan perubahan, meskipun bermula dengan perkara kecil.

Menurutnya, menghadiri majlis ilmu khususnya kelas tadabbur al-Quran, mampu menjadi pemangkin untuk terus istiqamah dan mendekatkan diri kepada Allah.

Saya sangat recommend muslimat yang takut tak istiqomah atau tak berani nak mula hijrah (tak kisahlah sekecil apa pun hijrah yang korang sedang usahakan), join la mana-mana majlis ilmu especially kelas tadabbur al-Quran.

InshaAllah korang akan nampak tak ada apa yang lebih penting melainkan reda Allah. Maha Baiknya Allah sentiasa ada untuk kita tapi kita je yang selalu ragu.

Menurut pelantun lagu Bukan Aku itu lagi, menghadiri majlis ilmu bukan sahaja dapat meningkatkan semangat untuk terus belajar, malah membuka mata tentang betapa luasnya ilmu agama yang masih perlu dipelajari.

Dari situ korang akan semangat belajar lagi. Baru sedar banyaknya kita tak tahu.

Jangan risau tak ada kawan nak pergi sekali, jangan takut nanti tak ada geng. InshaAllah dekat kelas atau majlis tu ada ramai orang baik yang sama-sama nak dekat dengan Allah. Seronok!

Perkongsian tersebut menerima reaksi positif daripada warganet yang bersetuju bahawa berada dalam persekitaran yang baik dapat membantu seseorang kekal istiqamah dalam memperbaiki diri.

Sumber: Threads Tasha Manshahar