berita

‘Untuk Saya Berhijrah, Saya Perlu Betul-Betul Yakin’- Vanidah Imran Belum Bersedia Bertudung

March 5th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Pelakon jelita, Vanidah Imran memaklumkan bahawa dirinya belum lagi bersedia untuk mengenakan hijab dan menutup aurat dengan sempurna kerana bimbang dirinya tidak ikhlas melakukannya.

Artikel Berkaitan: ‘Ayah Cakap No No No’ – Vanidah Imran Akui Proses Pernikahan Kali Kedua Agak Sukar & Ambil Masa

Artikel Berkaitan: Berkat Semangat Dari Ayah, Vanidah Imran Berjaya Genggam Sarjana Seni Persembahan – ‘Pergelutan Empat Tahun Itu Memang Tak Mudah Langsung’

Akan menutup aurat apabila tiba waktunya

Menurut aktress berusia 50 tahun itu, dia mengetahui akan kewajipan untuk menutup aurat sebagai seorang wanita muslim dan sudah pastinya dia akan berhijab apabila tiba waktu yang tepat.

Saya tidak mahu kalau saya berhijab nanti tapi jiwa saya meronta. Itu tak akan ada makna apa-apa. Jadi bagi saya belajar dahulu dan mengikut proses sehingga saya benar-benar bersedia untuk berhijrah.

Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-20 (FFM20) ini juga risau jika hatinya nanti akan berbolak-balik kerana dia melihat beberapa rakannya yang sudah berhijab tiba-tiba berubah kembali kepada penampilan asal.

Saya ada kenalan yang sudah memakai hijab selama 12 tahun namun melepaskan semula hijab sebab mengakui itu bukanlah dirinya. Jadi saya takut terjadi pada saya.

Sebelum jatuh fitnah, beri saya berubah perlahan-lahan. Sekarang apa yang saya mahu lakukan adalah untuk kuatkan jiwa saya dahulu dan belajar apa yang saya tidak pasti.

Dalam pada itu, pelakon filem The Red Kebaya itu juga bersyukur kerana rata-rata peminat memahami situasinya, malah mereka juga turut mendoakan agar dia istiqamah dalam melakukan perubahan menjadi muslimah yang lebih baik.

Setakat ini Alhamdulillah, tidak ada lagi peminat meninggalkan komen-komen yang menyakitkan hati.

Terdahulu, Vanidah Imran yang mesra disapa Vee telah mengenakan hijab ketika menghadiri majlis tayangan perdana filem Imam. Dia menjelaskan pemakaian menutup aurat yang dipakainya adalah kerana dia mahu menghormati majis dan bersesuaian dengan filem tersebut yang bergenre keagamaan.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×