Penyanyi Tasha Manshahar tampil menjelaskan kekeliruan orang ramai mengenai penggunaan namanya, terutamanya berkaitan dengan nama ‘Nadia’ yang turut digunakannya.

Artikel Berkaitan: Tasha Manshahar & Bayi Tiga Bulan Positif Covid-19

Artikel Berkaitan: Tasha Manshahar Gembira, Ibu Kembali Sihat Walaupun Dirawat Di ICU, Disahkan Positif Covid-19 Tahap 5

Tasha Manshahar dedah nama Nadia

@iamtashamanshahar Replying to @org biasa ♬ original sound – tashamanshahar

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Tasha atau nama sebenarnya Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 34, menjelaskan bahawa nama ‘Nadia’ merupakan namanya sendiri dan bukan sekadar nama gelaran atau penggunaan tanda nama orang lain.

Ramai betul yang keliru, sama ada nama Nadia itu nama saya atau tidak.

Nadia itu memang nama saya, kita tak boleh pakai tanda nama kepunyaan orang lain.

Cuma dalam kalangan gen millennials mungkin ramai yang mengenali saya dengan nama Tasha Manshahar sebab itu merupakan ‘stage name’ saya.

Nama Tasha juga nama sebenar saya dan nama Manshahar itu pula nama bapa saya.

Ada sebab tidak gunakan nama Tasha

Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Bukan Aku’, nama ‘Nadia’ mula digunakan secara rasmi sejak dia mula berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2016.

Nama Nadia itu, saya gunakan sejak saya berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 2016.

Katanya lagi, sepanjang tempoh dia berkhidmat sebagai guru, terdapat beberapa pengalaman yang mendorongnya untuk tidak menggunakan nama pentas ketika bertugas di sekolah.

Tahun ini sudah masuk tahun ke-10 saya mengajar dan terdapat beberapa pengalaman yang saya lalui sebelum ini hingga membuatkan saya rasa tidak boleh menggunakan nama Tasha di sekolah.

Jadi, saya guna nama Nadia dari hari pertama saya mula berkhidmat sehingga kini.

Sumber: TikTok Tasha Manshahar