berita

Tawar Ganjaran Cari Anak Hilang, ‘Ibu Setan’ Akhirnya Mengaku Bunuh & Tanam Anak Belakang Rumah

September 23rd, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Kisah tragis pembunuhan dan kehilangan Engeline pernah mendapat perhatian dunia sekitar tahun 2015. Engeline ketika itu, didapati hilang dari kawasan rumahnya di kawasan Denpasar, Bali pada sabtu 16 Mei 2015.

Namun, disebalik misteri kehilanganya Engeline tersingkap 1001 rahsia yang pasti mengejutkan semua orang.

Siapa Engeline Margiet Megawe ?

Foto: Dang Anum

Engeline dilahirkan pada  tahun 19 Mei 2007, namun atas faktor kewangan yang mendesak, Engline terpaksa diserahkan kepada keluarga Margriet sejak dia dilahirkan. Ibu dan bapa kandung Engeline yang dikenali sebagai Hamidah dan Achmad Rosyidi tidak mampu menampung kos rawatan semasa Engeline dilahirkan. Ketika proses kelahiran Engeline, semua kos ditanggung sepenuhnya oleh keluarga Margriet.

Pada mulanya, Hamidah agak berat untuk melepaskan anaknya bersama Margriet. Tapi atas sebab memikirkan masa depan Engeline dia dengan rela hati memberi anaknya kepada pasangan Margriet dan Doulas yang kini merupakan ibu dan bapa angkatnya. Mereka turut membuat perjanjian, bahawa Engeline hanya boleh berjumpa ibu bapa kandungnya setelah berumur 18 tahun.

Kewujudan Engeline ketika itu sangat diraikan dan dia ditatang bagai minyak yang penuh oleh ahli keluarganya. Engeline turut mempunyai dua kakak angkatnya iaitu Yvonne Caroline dan Christina Telly. Doulas paling sayang terhadap Engeline berbanding kakak-kakaknya.

Mula tunjuk ‘belang’

Gambar sekadar hiasan

Namun, setelah kematian Doulas, Margriet berubah sikap daripada seorang ibu yang penyayang kepada seorang ibu yang sangat kejam. Engeline kini mula didera secara fizikal dan mental oleh ibunya. Sebagai contoh, dia dipaksa melakukan kerja-kerja rumah yang agak berat dan tidak bersesuaian dengan peringkat umurnya ketika itu.

Dia dipaksa untuk mencuci pakaian, mengemop lantai serta menjaga hasil ternakan keluarganya. Jika terjadi sesuatu kepada haiwan ternakan tersebut dia akan dipersalahkan oleh ibunya tanpa sebarang penjelasan. Setelah selesai melakukan segala kerja rumah, dia perlu berjalan kaki ke sekolah sejauh satu hingga dua kilometer untuk sampai ke sekolahnya.

Guru mula perasan

Foto: Dang Anum

Engeline sebelum ini merupakan seorang murid yang sangat ceria dan kemas tetapi sejak kematian bapanya, dia berubah menjadi seorang pelajar yang pendiam, murung, serta pakaian yang dipakainya sudah mulai lusuh dan kotor. Menurut gurunya, rakan-rakan sekelas sering mengadu bahawa badan dan rambut Engeline berbau busuk.

Bau tersebut datang daripada kotoran-kotoran binatang ternakannya. Pada mulanya, guru Engeline sudah nampak perubahan yang ketara terhadap Engeline dan kesan-kesan lebam. Disebalik penderitaan yang dialami, dia tidak pernah menceritakan apa yang telah terjadi kepadanya.

Namun, asakan demi asakan menyebabkan Engeline menceritakan hal sebenar kepada gurunya yang dia langsung tidak diberi sebarang makanan dan mengalami sakit kepala kerana tidak makan.

Episod ‘hilang’ bermula

Foto: Dang Anum

Pada 16 Mei 2015, Engeline dilaporkan hilang dan operasi mencarinya giat dijalankan.  Sebelum kejadian itu berlaku, Engeline dilihat sedang bermain di halaman rumahnya di Jalan Sedap Malam. Namun, Margriet beranggapan bahawa Engeline mungkin telah diculik oleh seseorang.

Kes kehilangan Engeline mendapat liputan luas daripada pihak media dan proses pencariannya juga giat dijalankan. Poster mengenai kehilangannya turut diedarkan di tempat-tempat awam untuk memudahkan proses pencarian. Pihak polis turut menjejakinya melalui rakaman litar tertutup (CCTV), penggunaan anjing pengesan, dan pemeriksaan telefon ibunya.

Operasi pihak polis menjejaki Angeline tidak terhenti di situ, mereka bertindak datang ke rumah Engeline untuk siasatan lanjut. Namun, apa yang dicanang oleh pihak media tidak sama seperti apa yang dilihat oleh pihak polis. Menurut pihak polis, tempat tinggal Engeline sangat daif dan berbau busuk dan tidak sesuai untuk didiami untuk seorang manusia.

Dijumpai ‘tertanam’

https://www.facebook.com/dang.anum.39142/videos/pcb.166468568390341/166467501723781/?type=3&theater

Video: Dang Anum

Selepas tiga minggu Engeline hilang, akhirnya dia berjaya ditemui. Ura-ura yang mengatakan dia sudah diculik adalah rekaan semata-mata. Ganjaran wang tunai  sebanyak Rp 10 juta sehingga Rp 40 juta merupakan ‘wayang’ yang digunakan oleh Margriet bagi mengaburi semua pihak.

Engeline dijumpai dalam keadaan sudah mati di halaman belakang rumahnya. Dia pada mulanya yang dikatakan diculik sebenarnya sudah mati dibunuh dan ditanam di bawah pokok pisang. Kuburnya juga turut ditutup dengan timbunan sampah dan sisa makanan ayam bagi mengaburi semua pihak. Lagi menyedihkan, Engeline turut ditanam bersama anak patung kegemarannya yang turut diletakkan di atas dadanya.

Hasil post mortem daripada pihak hospital mendapati, Engeline telah meninggal dunia selama tiga minggu. Di badan dan mukanya terdapat kesan yang menujukkan dia didera. Penderaan yang dialaminya tersebut tidak berakhir di situ, Engeline turut mempunyai kesan jerutan di lehernya dan punggungnya dicucuh menggunakan rokok.

Penjenayah telah didakwa

Foto: Dang Anum

Margriet menjadi dalang utama disebalik kematian Engeline dan turut bersepakat bersama pembantu rumahnya, Agus Tay. Hasil soal siasat, mendapati Margriet yang menghentak dan memukul Engeline tanpa ada belas kasihan.

Sudah mama, sakit mama, cukup mama!

Itu merupakan rintihan terakhir Engeline yang merayu kepada ibunya supaya menghentikan penderaan kepadanya. Namun rintihan tersebut langsung tidak diendahkan oleh Margriet. Akhirnya, badan Angeline dibaling ke lantai sebelum Margriet bertindak untuk menjerut lehernya.

Agus yang turut berada di tempat kejadian menjadi saksi utama kejadian tragis ini berlaku. Ujar Agus, Margriet sempat menyuruhnya supaya merogol Angeline yang ketika itu sudah meninggal dunia. Selepas Angeline meninggal dunia, mereka bertindak untuk menanam mayatnya di belakang rumah. Margriet turut menawarkan Rp 200 juta kepada Agus supaya merahsiakan apa yang telah terjadi di rumah tersebut.

Kini hukuman telah dijatuhkan kepada Margriet iaitu penjara seumur hidup dan pembantunya, Agus dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun.

Dari kisah benar diadaptasi menjadi filem

Foto: Dang Anum

Kisah tragis yang berlaku kepada Engeline telah dilakonkan semula dan dijadikan filem bertajuk Untuk Angeline. Filem tersebut merupakan filem hasil arahan Jito Banyu dan mula ditayangkan kepada orang awam bermula 21 Julai 2016.

Motif pembunuhan dan penderaan Engeline ketika itu adalah disebabkan Margriet cemburu dengan harta warisan yang ditinggalkan oleh Douglas kepada anak angkatnya.

Sumber: Dang AnumHarian Metro Lokadata

SKIP THIS AD ×