berita

Tawar Motosikal Sebagai Ganjaran, Guru Didakwa 5 Pertuduhan Jenayah Seksual Terhadap Remaja Lelaki

February 7th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Di Kota Bharu, Kelantan, seorang guru yang berusia 53 tahun, telah didakwa di Mahkamah Sesyen atas lima pertuduhan melakukan jenayah seksual kepada remaja lelaki bawah umur.

Kejadian tidak bermoral itu berlaku pada beberapa tarikh yang berbeza pada Januari yang lalu.

Mengaku tidak bersalah

Foto: Berita Harian

Lapor Berita Harian, tertuduh yang dikenali sebagai Mohamad Khairi Hassan, ketika perbicaraan berlangsung mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan semula. Difahamkan, mengikut pertuduhan pertama, tertuduh sempat menghantar pesanan menerusi aplikasi Whatsapp kepada mangsa yang berusia 17 tahun dengan menjanjikan hadiah motosikal jenis Yamaha LC kepada mangsa.

Hadiah tersebut ditawarkan dengan niat untuk dia (tertuduh) melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12 akta sama.

Manakala, bagi pertuduhan kedua dan ketiga, guru ini telah melakukan jenayah seksual terhadap mangsa di sebuah bilik hotel.

Untuk kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta yang sama dan Seksyen 14(d) akta yang sama.

5 pertuduhan

Sekdar gambar hiasan

Bagi pertuduhan keempat dan kelima sama seperti pertuduhan kedua dan ketiga yang melakukan jenayah seksual terhadap mangsa.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 11(1)(a)Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 15(f) akta yang sama.

Walau bagaimanpun, peguam tertuduh, Ahmad Nuri, memohon jaminan kepada anak guamnya yang berkhidmat sebagai seorang guru dan perlu menyara keluarganya.

Tertuduh dilepaskan dengan perlu membayar ikat jamin sebanyak RM30,000 bersama dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Kes tersebut akan dibicarakan semula pada 11 April yang akan datang.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×