berita

‘Tayar Rosak Teruk, Cermin Pecah’ – Naim Daniel Kemalangan

December 17th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebentar tadi, pelakon dan penyanyi terkenal, Naim Daniel terlibat dalam satu kemalangan. Berita cemas itu dikongsi menerusi platfom Instagramnya.

Nak bertolak pergi kerja

Nak bertolak pergi kerja pagi tadi, ‘Alhamdulillah Allah bagi rezeki.

Menerusi kapsyennya di Instagram, menceritakan dia sedang dalam perjalanan menuju ke tempat kerja menaiki kenderaan 4×4 milkinya. Naim juga seolah-olah tenang dengan apa yang terjadi dan menganggap ia sebagai rezeki daripada Allah S.W.T. Tambahan pula, menerusi Instastory Naim menceritakan dia hanya mengalami ‘rahang terkehel’ akibat kemalangan itu. Alhamdulillah!

Tayar terkeluar, cermin pecah

 

Tidak berakhir di situ, bahagian depan kenderaannya dilihat agak kemek dan tayar kenderaanya yang ‘terkeluar’ dari tempat asalnya. Cermin depan keretanya juga retak akibat kemalangan itu. Pada masa yang sama, Naim juga sempat memberikan pesanan kepada mereka di luar sana supaya menghubungi pihak insurans terlebih dahulu jika terlibat dengan kemalangan.

Sebelum ini, Naim Daniel baru sahaja mengeluarkan lagu baharu yang bertajuk Purnama yang mengisahkan tentang seseorang yang menghidapi penyakit depresi akibat kehilangan orang yang tersayang.

Pada masa yang sama, Naim juga baru sahaja berentap dalam merebut tempat dalam Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35) namun tersungkur di peringkat semi final. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan salam takziah kepada Naim dengan apa yang telah terjadi. Tidak berakhir di situ, ada juga komen yang meminta supaya Naim sentiasa berhati-hati selepas ini.

Sumber: Naim Daniel

SKIP THIS AD ×