Foto: Taylorswift / New York University
Taylor Swift menerima ijazah kedoktoran kehormat seni halus dari Universiti New York pada hari Rabu dan menyampaikan ucapan perasmian pada majlis graduasi 2022 di Stadium Yankee.
Ijazah kolej pertama
Sumber: New York University
Taylor Swift yang memakai jubah rona ungu lengkap bersama topi dengan bibir merah khasnya memberikan ucapan perasmian selepas menerima ijazah kedoktoran kehormat seni halus.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada NYU kerana menjadikan saya secara teknikal, di atas kertas sekurang-kurangnya, seorang doktor.
Pemenang Grammy itu adalah antara tiga penerima ijazah kehormat dari universiti tersebut. Ia adalah ijazah kolej pertama untuk Swift.
Kongsi kisah kegagalan
Sumber: New York University
Dalam ucapannya juga, penyanyi berusia 32 tahun itu menggesa para pelajar untuk membuat pilihan sebaik mungkin dalam kehidupan mereka.
Kehidupan boleh menjadi berat terutamanya jika anda cuba menanggungnya sekaligus. Untuk bergerak ke fasa seterusnya dalam kehidupan, anda perlu tahu bijak memilih dan melepaskan.
Maksud saya, anda perlu tahu apa yang perlu disimpan dan apa yang perlu dilepaskan. Anda tidak dapat menanggung semuanya dalam satu masa.
Swift juga berkongsi pandangan tentang kegagalan yang dialaminya, termasuk diketepikan oleh rakan-rakan di sekolah, dan diberitahu oleh eksekutif industri muzik bahawa dia terlalu muda untuk menulis dan menyanyikan lagu-lagu yang menyayat hati.
Taylor Swift mengakhiri ucapannya dengan memberitahu para graduan bahawa mereka pasti tidak akan terlepas daripada membuat kesilapan namun ianya merupakan pengalaman berharga yang mengajar kita untuk lebih kuat.