
Nora Danish, Fattah Amin, Amira Othman, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah antara selebriti yang memeriahkan acara Amber Allstar Picklebash anjuran jenama gaya hidup dan kecantikan terkemuka, Amber pada 4 Disember lalu.
Artikel Berkaitan: Nora Danish Serlah Keanggunan Wanita Berhijab Dalam Amber Oasis 2.0: Mirage
Masing-masing tujuk skill

Acara istimewa ini menggabungkan elemen sukan, hiburan dan apresiasi dalam suasana santai tetapi penuh semangat kompetitif.
Mengangkat sukan pickleball yang semakin mendapat tempat di Malaysia, Picklebash berjaya menghimpunkan barisan selebriti, pengurus artis dan rakan media dalam satu pertemuan yang lebih mesra, dekat dan autentik.
Selain duta Amber, acara itu turut disertai dengan kehadiran selebriti popular seperti Zoey Rahman, Tam Suhaimi, Lah Ahmad, Ajai, Izuan Mokhtar, Fizi Ali dan ramai lagi.
Walaupun acara bersifat santai, semangat kesukanan dan kolaborasi memberi impak positif kepada hubungan industri yang sentiasa menyokong perkembangan jenama Amber.
Amber hargai sokongan semua

Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Hasan, berkata, penganjuran Picklebash merupakan simbol penghargaan Amber terhadap sokongan padu daripada rakan media dan selebriti.
Amber bukan sekadar jenama, tapi ia adalah komuniti. Kami percaya bahawa kejayaan yang dikecapi hari ini hadir bersama sokongan padu rakan media, pengurus artis serta wajah-wajah selebriti hebat yang mewakili Amber.
Amber Allstar Picklebash dianjurkan khusus untuk meraikan mereka semua, dalam suasana santai, sihat dan menyeronokkan.
Kami mahu mencipta ruang yang membolehkan semua yang terlibat dengan jenama Amber berkumpul, berinteraksi dan berseronok tanpa protokol.
Semangat kesukanan ini mencerminkan nilai Amber iaitu kecergasan, keyakinan dan komuniti yang positif.
Acara ini turut menonjolkan sisi berbeza selebriti, daripada dunia glamor ke gelanggang sukan, memperlihatkan keakraban dan semangat berpasukan dalam suasana yang bermakna.
Saingan sengit

Dalam pertandingan yang diadakan, pasukan diwakili Amir Hamzah dan Iman muncul juara dengan membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta medal dan set kelengkapan pickleball Amber.
Tempat kedua dimenangi pasukan media yang diwakili Nazrin (mStar) dan Shahrin (OhBulan!) dengan hadiah RM5,000 beserta medal dan set pickleball Amber.
Tempat ketiga pula menjadi milik pasangan Nora Danish dan Mickey Ayo yang menerima RM3,000 berserta medal dan set kelengkapan sama. Pasukan lain turut membawa pulang medal dan set pickleball Amber sebagai tanda penghargaan.
Sebagai jenama yang komited membina komuniti, Amber berhasrat meneruskan penganjuran lebih banyak acara seumpama ini bagi mengukuhkan jaringan industri secara lebih inklusif dan progresif pada masa akan datang.







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
