Pembabitan di pentas teater menjadi batu loncatan buat pelakon, Karl Dannish untuk menempa nama dalam industri seni tanah air.
Artikel Berkaitan: Teater Dang Anum (The Untold Story) Angkat Fakta Sejarah, Bakal Dipentaskan 27 Hingga 29 September Ini
Artikel Berkaitan: Ain Sufia Amalkan Doa, Gusar Kisah Sejarah Menjadi Realiti – ‘Ya Allah, Aku Jadi Watak Ini Untuk Berlakon Sahaja’
Teater Dang Anum, pembuka rezeki Dannish
Ketika ditemui OhBulan!, Karl Dannish yang kini berusia 19 tahun memaklumkan meskipun dia tidak mempunyai latar belakang seni tetapi minatnya yang mendalam terhadap bidang lakonan membuatkan dia berusaha untuk mencapai impiannya itu.
Bercerita dengan lebih lanjut, pelakon teater Dang Anum ini memberitahu terdapat sedikit kekeliruan ketika pembabitan awalnya dalam industri seni namun bersyukur itu merupakan asbab dia kini berjaya menapak dalam bidang lakonan.
Sebenarnya dulu masa Dang Anum I saya silap masuk. Ingatkan teater ni drama dan masa tu saya tak pernah tahu pun teater ni berlakon di atas pentas. Bila dah tahu pun, saya ikut dan buat je.
Lepas daripada itu, timbulnya minat dalam pementasan teater.
Dalam pada itu, Dannish berkata meskipun baru dua tahun terbabit dalam bidang lakonan tetapi dia menyimpan hasrat dan impian untuk menyumbangkan bakatnya kepada industri seni tanah air.
Kalau ada rezeki dan tawaran dalam bidang lakonan, saya tidak menolak.
Bercerita mengenai wataknya, Danish berkata dia membuat banyak rujukan bagi menjiwai wataknya sebagai Sultan Mahmud menerusi naskhah teater Dang Anum.
Sebagai rujukan untuk melakonkan teater Dang Anum ni, saya banyak tengok video dan cerita-cerita lama. Tapi sejarah Dang Anum ni memang saya dah tahu.
Danish juga pernah membintangi beberapa drama dan filem hebat seperti Yang Tahu Je Tahu (YTJT), Peristiwa Ramadan, filem Game of Life dan banyak lagi.
Sekadar info, Teater Dang Anum (The Untold Story) adalah projek pementasan teater melalui GSSK di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang bakal berlangsung pada 27 hingga 29 September 2024 bertempat di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya.
Antara barisan pelakon yang terlibat ialah Along Eyzendy, Adam Shahz, Ain Sufia, AG Hafiz Hotfm, Affan Mohd, Md Husin, Karl Dannish dan ramai lagi.
Tiket telah mula dijual pada 25 Ogos 2024, dengan harga antara RM25 hingga RM65. Pembelian tiket boleh dilakukan DI SINI.
Untuk maklumat lanjut ikuti laman sosial The Redholah di Instagram, Facebook, dan TikTok, atau hubungi di talian 014-3685233 atau e-mel ke [email protected].