berita

Tegur & Ajak Pengantin Berborak Di Kedai Makan, Netizen Puji Shaheizy Sam ‘Humble’

June 7th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pelakon terkenal, Shaheizy Sam mendapat pujian ramai selepas dilihat begitu ramah menegur dan melayan seorang peminatnya.

Artikel Berkaitan: Malas Layan Peminat Ajak Bergambar, Individu Kecewa Amir Ahnaf Tunjuk Annoyed Face? – ‘Konon Cinta Hati ..’

Tegur pengantin di kedai makan

Menerusi satu video yang tular di TikTok, Sam menunjukkan sikap ramahnya apabila menegur seorang pengantin lelaki yang mengenakan baju melayu di sebuah restoran di ibu kota.

Dapat dilihat Sam menyapa lelaki tersebut sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman serta mengucapkan tahniah di atas pernikahannya.

Sikap yang ditunjukkan pelakon Polis Evo 3 itu mendapat respon yang sangat positif dari wargamaya.

Respon netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mendedahkan bahawa Sam dan isterinya, Syatilla merupakan antara selebriti yang cukup ramah dan suka menegur para peminatnya di tempat awam.

Video

@firdaushassan661 Such a humble arrtist, #polisevo3 ? Bukan Aku – Tasha Manshahar

Sumber: TikTok 

SKIP THIS AD ×