berita

‘Teguran Itu Bersifat Profesional & Tidak Ditujukan Pada Sesiapa’- Nabila Huda

November 16th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Sebelum ini, pelakon dan juga pengacara Nabila Huda, pernah menarik perhatian ramai apabila meluahkan rasa kesal terhadap seorang pelakon utama yang dipercayai sebagai Sophia, yang dikaitkan dengan isu penyondol suami orang di lokasi penggambaran.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Inilah Rahsia Ketiak Saya Putih’ – Nabila Huda

Artikel Berkaitan: ‘Dia Dah Tak Ada Dalam Kepala Otak Saya, Saya Tak Pernah Ada Sahabat Tu’

Teguran secara umum

Terbaharu, Nabila Huda atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, menyangkal dakwaan bahawa dia bersikap dingin terhadap pelakon, Sophia Albarakbah berikutan teguran yang dilontarkan mengenai hubungan percintaan di lokasi penggambaran.

Memetik laporan Berita Harian, anak kepada bintang rock legenda, Datuk Amy Search ini menjelaskan bahawa teguran yang dibuat itu adalah secara umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa. 

Menurut pelakon yang berusia 39 tahun itu, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Sophia dan boleh untuk berlakon bersamanya. 

Tak adalah apa-apa isu pun dengan Sophia dan komen itu berkaitan isu semasa (penyondol) yang berlaku pada masa itu.

Sebagai pelakon senior, saya perlu bersuara mengenai perkara yang boleh buat industri dipandang buruk.

Cukup-cukuplah orang pandang buruk pada industri kita selama ini. Kasihanilah kepada mereka berusaha keras sejak muda dan jujur nak menjadi pelakon.

Disebabkan itu, saya kata betapa pentingnya untuk kita jaga daripada timbulnya isu seperti ini.

Lagipun, teguran itu bersifat profesional dan tidak ditujukan pada sesiapa. Saya tidak kisah bekerja dengan sesiapa sahaja.

Pelakon drama ‘Dendam Aurora’, turut menegaskan bahawa dia tidak mempunyai niat untuk campur tangan dalam urusan peribadi mana-mana artis.

Saya tak pernah nak masuk campur dan tak ada perasaan buruk kepada sesiapapun. Saya tak nak bermusuh dengan orang.

Rasanya ramai yang sudah tahu cara saya yang agak lantang dalam memberikan pendapat.

Jadi, saya harap apa yang saya katakan dapat diterima dengan hati terbuka. Saya hanyalah pelakon senior yang tak mahu isu-isu sebegitu menghancurkan kerjaya masing-masing.

Kalau rasa nak jujur sebagai pelakon, lakukan sahaja. Kalau nak pilih jalan itu (jadi orang ketiga ), terpulang. Ia tiada kena mengena dengan saya.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×