berita

Teguran Tak Makan Saman, Seorang Lelaki Hayun Gergaji Ke Arah Perokok Tegar

April 5th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Gara-gara tidak berpuas hati terhadap orang di sebelah sewaktu makan, seorang lelaki bertindak ganas apabila menyerang mangsa menggunakan gergaji sepanjang 30 sentimeter. Wow dahsyatnya!

Menerusi Oriental Daily, kejadian tersebut berlaku di salah sebuah kedai kopi di Singapura. Pergaduhan tersebut berpunca apabila lelaki berkenaan menegur mangsa yang merokok di sebelah mejanya.

Saksi kejadian

Menurut saksi kejadian yang dikenali sebagai Tan, lelaki tersebut pada awalnya menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap seorang lelaki yang merokok berhampirannya. Pertengkaran kedua lelaki ini menjadi lebih hangat apabila perokok tersebut mula melawan dengan bercakap perkara-perkara yang menyakitkan.

Kawasan merokok itu agak sempit dan orang yang duduk di sebelah asyik gerakkan kerusi dia ke arah kami dan buat keadaan bertambah sempit. Kerana jarak antara kami agak dekat, asap perokok ini telah menganggu kami. Kami cuba suruh dia untuk berhenti, tapi dia tidak hiraukan permintaan kami.

Kawasan merokok

Keadaan menjadi lebih teruk apabila lelaki tersebut menegur buat kali kedua. Kali ini perokok yang bengang ditegur, berdiri dan menjerit mengatakan kawasan ini adalah kawasan merokok dan dia ada hak untuk merokok. Pertengkaran ini terhenti apabila lelaki yang tidak tahan tersebut beredar dari kedai kopi itu. Namun 10 minit kemudian, dia muncul kembali dengan gergaji sepanjang 30 sentimeter.

Hayun gergaji kepada perokok

Rakaman CCTV menunjukkan lelaki tersebut telah menghayun gergaji yang dia bawa ke arah perokok tersebut. Pantang berundur sebelum bertarung, perokok itu juga telah mengambil botol arak dan berjalan ke arah penyerangnya.

Sewaktu pergaduhan tersebut berlaku, ada tiga orang lelaki cuba untuk masuk campur bagi meleraikan pergaduhan itu. Kes tersebut disiasat oleh pihak polis kerana mereka meiliki senjata berbahaya. Sementara kedua-dua lelaki itu menerima rawatan di salah sebuah hospital di negara itu.

Sumber: Oriental Daily

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×