Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal akhirnya mengesahkan dia dan suami bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: Syasya Rizal Bercuti Di Sebuah Pulau, Tunjuk ‘Baby Bump’ Sedang Hamil Cahaya Mata Pertama?
Artikel Berkaitan: Muat Naik Gambar Di IG, Netizen Dakwa Nampak ‘Baby Bump’ Syasya Rizal – ‘Alhamdulillah Kalau Betul’
Tahniah
View this post on Instagram
Syasya atau nama lengkapnya Nor Syasya Afiqah Shahrizal berkongsi khabar gembira mengenai kehamilannya itu menerusi hantaran di Instagram.
Penyanyi berusia 23 tahun itu memuat naik beberapa gambar petunjuk termasuk foto bersama suami, Nasrullah Mohd Sapie.
Kelihatan Syasya memegang ‘baby bump’ yang semakin membesar namun penyanyi itu tidak mendedahkan usia kandungannya kepada umum.
Alhamdulillah.
Baby Emon (panggilan anak sulung) is on the way (bakal dilahirkan).
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah atas pengumuman berita gembira tersebut.
Terdahulu, Syasya pernah menafikan khabar angin dirinya sedang berbadan dua sebaliknya mendakwa perutnya itu kelihatan besar kerana mengalami pertambahan berat badan.
Untuk rekod Syasya dan Nasrullah disatukan dalam upacara akad nikah pada 20 April lalu.
Sumber: Instagram Syasya Rizal